“Kita dah tua, dah mereput” Eja

14,243 views

Memang dah lama tak nampak pelakon yang pernah satu popular satu masa dulu iaitu Eja. 

Dulu, Eja pernah diangkat sebagai pelakon terbaik dan wajahnya sering saja muncul dalam banyak drama bersiri. 

Kini di umurnya sudah masuk ke usia 51 tahun, Eja dilihat bagaikan sudah berehat dari dunia seni dan tidak aktif lagi. 

Melalui satu laporan Kosmo, Eja ditanya tentang mengapa dia sudah tidak lagi aktif. 

Jawab Eja, dia akui bahawa popular yang pernah dirasai, bukannya akan kekal selamanya, dan sedar perlu untuk berehat dari dunia seni. 

Akan sampai masanya, akan ada ramai bakat baru muncul dan dia juga akan menamatkan penglibatan dalam dunia seni lakonan. 

Namun Eja akui masih lagi ada tawaran yang diberikan kepadanya, namun lebih utamakan keluarga. 
 
“Masih lagi ada tawaran untuk berlakon dalam naskah filem dan juga drama tetapi sebenarnya keutamaan saya untuk masa sekarang ini sudah tentu adalah keluarga terutama anak, Nur Eishal.” 
 
“Ketiadaan saya juga memberil peluang kepada ramai bakat baru. Kita ni pun dah tua. Beri ruang kepada generasi baru untuk warnai dunia hiburan dengan idea yang lagi baik dan fresh.” 
 
“Kita ni dah nak reput dah, anak saya pun dah 13 tahun.” Kata Eja lagi ssambil ketawa. 

Berkata tentang anak perempuannya itu, Eja akui memang nampak bakat dalam diri anaknya itu. 

“Nampaklah anak saya ada bakat berlakon tetapi dia sendiri pun tidak berminat nak masuk ke bidang ini.” 
 
“Apapun kita tahu tahu ketentuan seseorang. Saya tak nak kata tak untuk dia masuk dunia seni.” 
 
“Namun semestinya keutamaan saya untuk Eishal ialah haruslah belajar setinggi yang mungkin. Belajar terlebih dulu, lepas tu jalan mana dia pilih saya akan restui saja.” 
 
“Di umurnya itu, dia pun dah ada plan nak jadi apa. Sebagai ibu saya mahu dia berjaya dunia dan juga akhirnya sebab dia satu-satunya anak saya.” 

Untuk info, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahriza, berkahwin pada tahun 2017 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Eishal. 

Eja kini aktif berniaga makanan dengan jenama sempena nama anaknya iaitu Eishal By Eja.