Komen Emma Maembong setelah sah bergelar isteri kepada pilot

7,113 views

Pelakon cantik Emma Maembong kini dah pun sah bergelar isteri kepada seorang pilot iaitu Muhammad Shazli Azhar di satu majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, sekitar pukul 11.58 pagi tadi.

Emma Maembong yang dah berumur 27 tahun dan Shazli yang kini 32 tahun telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar, Mohammad Akmal Abdul Aziz dengan walikan bapa Emma iaitu Ismail Embong.

Pihak pengantin lelaki telah serah mas kahwin sebanyak RM2000 dan senaskhah al-Quran, selain diberuikan tujuh dulang hantaran yang telah dibalas sebanyak lima dulang oleh pihak Emma Maembong. Jumlah wang hantaran telah dirahsiakan atas permintaan keluarga.  

Majlis pernikahan ini dihadiri lebih kurang 300 tetamu termasuk adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, dan juga rakan artis lain seperti Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan juga Oktovia Manrose.

Ini komen Emma Maembong: “Syukur alhamdulillah, impian serta hajat yang saya impikan selama ini disenangkan urusannya. Tarikh nikah hari ini juga tersangat cantik, jadi kepada tidak kami abadikan dan jadikan detik bahagia buat saya dan juga suami.

“Walaupun semua berlaku dengan amat pantas sekali, Emma percaya ada hikmah nya yang tersendiri sehingga kami berdua disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan yang baru ini akan terus buatkan saya dan suami lebih matang Insyaallah”

Sementara itu, ini pula komen dari Muhammad Shazli yang kini dah bergelar suami kepada Emma Maembong.

Ini komennya: “Emma Maembong mempunyai hati yang sangat baik. Dia tahu apa yg dia mahukan dalam hidup selain sering utamakan keluarga sama seperti diri saya juga. Emma sangat tegas kalau nak buat sesuatu keputusan.

“Saya boleh nampak Emma ada ramai kawan, akan tetapi, dia akan memilih sahabat yang betul-betul untuk rapat dengannya”

Sehingga kini, kedua pengantin baru ini belum ada rancangan untuk ber honeymoon mana-mana namun mereka tidak menolak rezeki jika akan dikurniakan cahaya mata.

Untuk pengetahuan, pada tarikh 6 Mac yang akan datang, satu majlis berinai akan dianjurkan dan pada 7 Mac, pasangan ini akan diraikan di satu majlis resepsi yang akan berlangsung di Putrajaya.

Tahniah buat Emma Maembong dan juga suaminya Shazli. Semoga bahagia.