Komen Shuib tentang isu Aisar Khaled

11,718 views

Sejak pemergian Siti Sarah, ada beberapa pihak yang cuba menggunakan nama arwah untuk mendapatkan lebih banyak view untuk laman media masing-masing. Antaranya paling menjadi perhatian ialah selebriti media sosial, Aisar Khaled.

Aisar Khaleh ada muatnaik video di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, tempat di maan arwah Siti Sarah dikebumikan.

Menerusi content video berkenaan siap ada satu pertandingan diadakan dan pemenang akan diberikan hadiah.

Ini lantas membuatkan Aisar menerima komen yang kurang baik dari para netizen di luar sana yang mengatakan dia tiada sensitivity kerana menziarah kubur hanya untuk mengaut views untuk laman Youtube miliknya.

Ada pihak yang bertanya kepada Shuib tentang hal ini, dan ini komen serta pesanan Shuib kepada Aisar Khaled.

Saya tak mahulah komen lebih tentang hal tu. Kita ni kena ada sensitiviti yang sangat tinggi. Kita tidak tahu hadirnya ujian Allah, besar mana nanti akan datang kepada kita pula. Takut nanti masa bahagian kita, dah tak boleh nak angkat habis. Marah memang marah. Kena jaga aib orang. Tetapi adalah lebih baik sekiranya kita ni berkasih sayang sajalah.

Komen ini dibuat setelah tamatnya majlis bacaan Yasin dan tahlil yang diadakan secara virtual malam semalam.

Walaupun tak ahu bercakap lebih, Shuib menasihati supaya setiap orang kena selalu menjaga sensitivity orang lain.

Sementara itu, rakan artis yang juag rakan kepada Shuib iaitu Sharnaaz Ahmad ada muatnaik kata-kata untuk sekolahkan Aisar Khaled.

Antaranya Sharnaaz meminta agar Aisar enjoy dulu kehidupannya kerana dunia ini masih lagi belum berlaku adil kepadanya. Sekiranya hal itu berlaku Aisar tak perlu tanya kenapa ianya terjadi. Ini pesanan dari Sharnaaz.

Aisar Khaled sebelum ini telahpun meminta maaf dan telahpun delete video berkenaan.

Semoga hal ini menjadi pengajaran kepada semua influencer semua.