Pengarah hospital sendiri call Shuib pagi tadi, tak jadi tengok baby Ayash Affan

77,697 views

Baru kehilangan isteri tercinta, rasa rindu amat menebal di hati Shuib. Antara hadiah yang diberi sebelum pemergiannya, Siti Sarah melahirkan anak keempat mereka yang diberi nama Ayash Affan.

Ayash Affan lahir secara pramatang atau tak cukup bulan dan kini ditempatkan di unit penjagaan rapi di HUKM atau Hospital Canselor Tuanku Muhriz HCTM, UKM.

Dari rancangan awal, Shuib Sepahtu mahu bertemu dengan anak keempatnya itu pada hari ini, buat pertama kalinya berjumpa dengan Ayash Affan.

Namun ianya terpaksa ditangguhkan setelah menerima panggilan telefon dari Pengarah Hospital sendiri kerana khuatir banyak komplikasi boleh berlaku.

Hal ini dimaklumkan oleh pengurus kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, iaitu Nana Mohammad Rom.

Pengarah kepada hospital sendiri yang dah hubungi Shuib dan berbincang dengannya pada pagi tadi. Ini sebenarnya merupakan jalan terbaik setelah memikirkan adanya risiko yang boleh memudaratkan bayi pramatang. Atas nasihat dan saranan dari pengarah hospital, akhirnya Shuib telah terimanya dengan berlapang dada.

Semalam selepas majlis membaca doa, baca Yassin dan tahlil secara online, Shuib ada memberitahu, pada mula pihak hospital mungkin akan membenarkan Shuib menatap anaknya buat pertama kali.

Pihak hospital call dan cakap mungkin saya boleh tengok Ayash pada hari Rabu. Anak-anak pun selalu tanya adik dia. Kalau ada rezeki, dapat saya tengok Ayash, hadiah terakhir arwah kepada saya.

Shuib akui dia gembira dan seronok dengan kehadiran Ayash tetapi dalam masa yang sama sebak kerana Siti Sarah tak dapat melihat anak bongsu mereka itu.

Rasa seronok memang ada, namun ada satu lagi perasaan iaitu sedih. Ini kerana arwah ibunya tak sempat tengok dia dan pegang dia.

Kita doakan yang terbaik buat Shuib dan ana-anaknya termasuklah baby Ayash Affan.