“Shuib melutut depan saya” Akhirnya Raisuddin, bapa Siti Sarah, luah perasaan

9,002 views

Bapa kepada Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah sebelum ini mengambil pendedakatan berdiam diri setelah permergian anak tersayang.

Akhirnya semalam, Raisuddin, pertama kali membuat luahan hati sejak dia kehilangan anak yang dikasihi.

Menerusi satu video, bapa kepada Siti Sarah ada bercerita detika menantunya, Shuib datang memberitahu berita Siti Sarah sudah tiada.

Saya rasa dunia ini umpama terlalu sepi, sesepi-sepinya. Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dan melutut kat depan saya lepas tu dia beritahu dia nak pergi hospital, kemudian dia cakap, abah Siti dah tak ada bah, kata Shuib.

Apabila berlakunya hal ini, saya tak boleh cakap apa-apa. Saya tak tahu nak kata apa. Sebenarnya, apa yang terjadi ini satu takdir, ianya satu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita atau rancangan sesiapa. Ini yang dikatakan takdir, ketentuan dan nasib. Semuanya dari Allah.

Kalau saya nak bagitau perasaan, harap semua faham. Saya tak tahu nak komen macam mana. Kalau dulu dia masuk pertandingan situ sana, bila wartawan tanya, saya tahu nak jawab, tapi yang ini, memang payah (nak komen).

Raissuddin meminta agar semua orang akan terus mendoakan anaknya itu dan menyatakan dia anak yang baik.

Saya harap, mari kita sama-sama doakan dia supaya dia tenang di sana. Kita cuma boleh mengenang dia saja, tapi dia tidak boleh kembali.

Dia tak pernah bantah dan tak pernah melawan cakap saya, dia sentiasa ikut cakap saya. Sejak awal dia masuk dunia seni, saya guide dia.

Setelah dia jumpa dengan Shuib, baru saya lepaskan dia, dan Shuib yang jaga dia. Dia memang manja dengan saya.

Raisuddin juga imbas kembali detik terakhir bersama anaknya itu iaitu sehari sebelum Siti Sarah dimasukkan ke hospital.

Sehari sebelum dia pergi hospital, saya baring di sofa, saya pegang tangan dia, kami saling pegang tangan, tapi kami berdua tak cakap apa-apa.