“Lainnya wajah” Lana Nodin buat hidung di Korea Selatan, guna tulang rusuk di hidung

23,499 views

Pelakon Lana Nodin akui berberhabis banyak wang untuk melakukan satu pembedahan ke atas hidungnya di negara Korea Selatan baru-baru ini. 

Jelasnya, lebih kurang hampir RM166ribu dibelanjakan untuk buat pembedahan kosmetik di bahagian hidungnya baru-baru ini. 

Kos sedemikian dipilih oleh Lana Nodin kerana dia tak mahu merasa kesakitan untuk buat prosedur tersebut. 

Selain itu, dia juga tak menggunakan silikon sebaliknya menggurnakan tulang rusuknya sendiri di hidungnya itu sebagai tulang. 

“Mengapa saya pilih guna tulang rusuk, ini kerana saya tak mahu berulang kali buat procedure dan kalau apa terjadi kepada saya, suami tak perlu buka dan buang plastik itu sebab saya guna tulang sendiri. Ini macam kekallah kiranya.”  

“Ini merupakan kali keempat saya buat pembedahan dan ianya kali yang terakhir. Saya dah tak nak buat lagi kerana jika setiap kali buat dan hanya guna silikon atau plastik, asyik akan berlakunya jangkitan.” 

“Kos keseluruhan dalam lebih kurang RM166ribu untuk pembedahan kali ke empat ini. Memang boleh cakap ianya agak mahal namun procedure ini saya langsung tak ada rasa sakit.” 

Ditanay mengapa melakukan procedrue berkenaan, ini jawapan Lana Nodin. 

“Saya dulu pernah terlibat dengan satu kemalangan, sekitar umur saya 19 tahun.” 

Pelakon berumur 42 tahun ini turut berkata, kecantikkan bukan motif utama tetapi kerana kemalangan yang dialami dia kena juga buat procedure tersebut. 

Lana juga dah pun meminta keizinan dari suaminya, David McKienzie dan juga semua family terdekat untuk meneruskan pembedahan hidungnya itu. 

“Jika saya nak ubah untuk merawat, tidak kisah. Kerana itu juga, arwah ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka pun dah tahu. Berbanding jika saja nak ubah, memang mak saya akan naik angin la.” 

Ini pula pesanan kepada mereka yang berkata tak baik buatnya. 

“Jika saya seorang yang suka buat pembedahan kosmetik, bibir saya ni dah tak macam sekarang ni. Jadi jngan terlalu nak mengata tentang saya, apapun saya tahu saya bukan artis kegemaran awak semua tu.” 

Itulah komen dari Lana Nodin tentang hidungnya.