Ini pula kenyataan dari Michael Hansen, suami Sharifah Sakinah

1,812 views

Suami pun dah ketahui bahawa pelakon Sharifah Sakinah dan suaminya Michael Hansen akan berpisah tak lama lagi. 

Kata Sharifah Sakinah, hubungan jarak jauh antara faktor utama perpisahan ini kerana suami berada di Sweden manakala dia kini bekerja di Malaysia. 

Melabel dah penat untuk jalani kehidupan berjauhan dan penat untuk ulang alik, Sharifah telah menoktah kan hubungan mereka. 

Dalam pada itu, melalui satu entry di laman media sosial, Michael Hansen ada menulis untuk terus memandang ke depan dengan apa yang berlaku. 

“Get up, stand up and move forward. Life must go on no matter what happened.” Tulisnya di laman Instagram. 

Menerusi satu temu bual dengan Harian Metri, Michael Hansen mengakui masih belum tahu apa yang berlaku di masa yang bakal datang. 

“Apa yang akan terjadi pada masa depan, saya belum lagi tahu namun semoga ianya akan bagi kebaikan untuk kita semua, Insyaallah.” 

Jelasnya segala keputusan akan dlakukan secara harmoni antara dirinya dan juga Sharifah Sakinah. 

Michael Hansen turut mengaku, komitmen mereka berdua di dua negara dan benua yang berbeza memang antara fakto keputusan berkenaan dilakukan.  

“Sharifah Sakinah ada anaknya, Anais dan juga ada kerjaya yang hebat di Malaysia, namun begitu saya pula ada dua orang anak dan kena bekerja di negara saya iaitu Sweden. Oleh itu, memang agak sukar untuk kami berdua bergerak ke mana-mana.”  

“Keputusan tamatkan perkahwinan ini dibuat secara bersama selepas berbincang dan dipersetujui kami berdua. Kami amat percaya ini satu tindakan yang terbaik.” 

“Kami akan dapat fokus hal yang penting iaitu anak-anak serta family masing-masing. Tetapi, kami masih kekal sebagai kawan baik dan semua baik saja.” 

Michael Hansen tetap memuji Sharifah Sakinah dan mengakui pelaokn berkenaan wanita yang lucu dan berbakat besar.  

“Sakinah ni seorang wanita yang berbakat, lucu, berkarisma dan hatinya amat mulia. Saya mendoakan kebahagiaan buat dirinya.”

Dari laporan Harian Metro itu, Michael Hansen akui ada sedikit drama yang terjadi semasa keputusan berpisah dilakukan.  

“Saya sahkan tentang apa yang Sakinah cerita iaitu kami mengambil keputusan untuk berpisah akhiri perkahwinan ini. Namun ada terjadi sedikit drama tentang keputusan berkenaan.” 

Bagi Michael Hansen hubungan jarak jauh ini satu perkara yang amat sukar.  

“Perhubungan jarak jauh satu hal yang amat sukar. Bayangkan lah ada perbezaan waktu kami iaitu enam hingga tujuh jam. Untuk bertemu pula kena lalui perjalanan 17 jam.” 

Itulah kenyataan dari pihak Michael Hansen tentang hubungannya dengan Sharifah Sakinah.