Lana Nodin kata dah rujuk pakar agama sebelum buat hidung

2,060 views

Pelakon yang kini dah bergelar usahawan, Lana Nodin secara terbuka telah mendedahkan dia ada buat pembedahan di bahagian hidungnya. 

Procedure yang dilakukan oleh pelakon berumur 42 tahun ini dibuat di sebuah pusat perubatan di Seoul Korea Selatan. 

Kerana tayang segalanya kepada umum, Lana Nodin dah sedia dengan segala komen yang diberikan kepadanya. 

Namun bagi Lana Nodin, dia langsung tak terkesan dengan segala komen tak baik ditulis tentangnya.  

“Mengapa pula saya nak terkesan dengan semua kecaman dari netizen di luar tu. Saya bukannya mengubah ciptaan dari Illahi pun. Saya ni nak merawat hidung kerana kesan kemalangan yang dialami semasa remaja.”  

Jelas Lana Nodin, memang ada ramai artis Malaysia yang turut buat, namun tidak mendedahkannya. 

“Saya ni artis yang tak ada berahsia. Saya tahu ada ramai artis ada lakukan pembedahan di wajah mereka, tetapi mereka ni buat secara berahsia.” 

“Bila saya yang mendedahkan procedure saya ni, memang ada banyak mesej peribadi yang saya dapat, dan ini termasuk ada selebriti yang nak tahu tentang kos dan lokasi pembedahan saya tu.” 

Apa yang penting kata Lana, dia dah dapat keizinan dari suami, David Mckienzie.  

“Untuk membuat pembedahan hidung di Korea Selatan ni, ianya pun didorong oleh suami saya yang tak suka melihat saya alami masalah hidung akibat kemalangan tu.” 

Selain itu, Lana Nodin juga akui dah pun mendapatkan pendapat dari pakar agama sebelum nak buat procedure hidung itu.  

“Mereka ada menyatakan bahawa apa yang saya buat ni tak lah salah sebab saya mahu mendapatkan rawatan, bukannya saya ni nak ubah ciptaan Tuhan.” 

Lana Nodin akan berada di Korea Selatan selama dua minggu selepas ini untuk berehat dan pulih sepenuhnya. 

Procedure yang dilakukan Lana Nodin dikenali dengan nama rhinoplasty, dan perbelanjaan lebih kurang mencecah lebih RM160 ribu sehingga RM180 ribu, kerana Lana menggunakan tulang rusuk sebagai pembentukkan tulang hidungnya.