Lama diam diri, ini komen Janna Nick

14,245 views

Artis terkemuka tanah air, Janna Nick terus dapat tumpuan dek kerana pemakaiannya baru-baru ni. Janna jadi bahan kena sembur oleh warganet yang ternyata tak berapa gemar dengan cara pemakaian atau fesyen Janna semasa pelakon dan penyanyi ini naik ke atas pentas.

Dikatakan acara itu adalah ketika Janna memberi sedikit kata-kata motivasi khas buat segolongan student kolej. Namun pakaian Janna yang agak tak sesuai itu menyebabkan dia kena bambu.

Artis yang baru berumur 24 tahun ini akhirnya memberi respon balas tentang isu ini. Dengan rendah diri, Janna telah minta maaf atas kesalahannya itu.

Dia akui agak mengambil mudah dan tak peka dalam hal memilih pakaian yang tak ikut keadaan acara itu.

Kata Janna sebenarnya dia pertama kali dijemput bagi ceramah motivasi, jadi itu membuatkan dia agak kurang arif tentang etika pemakaian.

Mengambil iktibar setelah kena bahan, Janna Nick akan perbaiki diri dan ambil berat dalam setiap aspek kalau naik pentas selepas ini.

Janna turut memberitahu dia memang tak pernah nak salah orang ramai yang menegur pakaiannya itu kerana ianya untuk menyedarkan kesilapannya.

Dek kerana pelbagai komen yang diterima, Janna yang merupakan pengacara Melodi telah sedar dia patut memakai baju atau seluar lebih sesuai ketika nak sampaikan sesuatu ilmu terutama di depan umum.

Imbas kembali, beberapa hari lepas, Janna Nick telah muatnaik satu video dirinya memberikan ceramah motivasi dan berkongsi kisahnya yang telah mula bekerja seawal umur 14 tahun.

Selain pakaian yang jadi tumpuan, ada ramai peminat dan warganet yang memberi komen yang baik tentang perkongsian Janna Nick itu.

Tapi baguslah, Janna pun dah akui segalanya dan tak nak ulang dah tu.