“Lelaki macam saya..” Sajat akhirnya sebut dirinya lelaki

18,123 views

Ini sedikit cerita tentang ahli perniagaan yang telah duduk di negara Australia, siapa lagi kalau bukan Muhammad Sajjad atau Sajat.

Kisah Sajat kini semakin jadi bualan kerana dia amat aktif di laman media sosial. Sajat sering bercrita di laman Instagram, dan rajin melayan para followernya.

Antara topic yang selalu dibicarakan ialah perjalanannya untuk berniaga di Australia.

Sajat juga acapkali muatnaik gambar terkini sepanjang berada di Australia. Yang terbaru ada gambar menunjukkan Sajat memakai dress wanita berwarna merah dan ternampak kakinya. Memang ada yang memujinya cantik.

Namun tak semua memberi komen positif, ada juga yang memberi komen pedas kepada Sajat. Ada seorang netizen yang mengatakan walau apapun Sajat cuba lakukan, dia tetap seorang lelaki.

Walapun nampak cantik ke nampak lawa ke, macam mana pun Jat, kamu ni tetap seorang insan dari kaum lelaki. Semoga kamu akan jumpalah jalan pulang.” Tulis individu bernama Mrzuhaidi itu.

Apa yang menariknya, Sajat sendiri telah tampil memberi komen kepada tulisan Mrzuhaidi itu. Yang jadi tular, Sajat secara tak sengaja telah mengaku sendiri bahawa dirinya memang lelaki.

Lelaki macam saya inilah, sekarang ramai yang lelaki mahukan.” Itu yang ditulis oleh Sajat.

Dalam kata lain, Sajat mengakui bahawa dirinya itu seorang lelaki, yang menjadi idaman lelaki-lelaki lain diluar sana.

Dalam satu lagi entry berasingan, Sajat juga ada sendiri mengatakan memang namanya Muhammad Sajad. Dan dia yang tukar nama jadi Nur Sajat.

Pengakuan Sajat tu dibuat apabila ada yang bertanya tentang kes kad pengenalannya.

“Saya ni bukan hanya memalsukan kad pengalanan saja sayang, nama pun sekali. Korang kan tahu nama saya yang sebenar ialah Muhammad Sajad, tapi saya hanya letak nama Nur Sajat. Kat situ pun dah tak betuldah. Memang dah lama buat benda ni, korang saja tidak perasan. Korang pun dah kena game, dulu follower sebanyak sejuta lebih pun dah kena.”

Itulah antara komen-komen dari Sajat.