Seronok Dekta manja dengan Wan Sharmila “Serasi bersama, sesuai dengan Shuib”

9,659 views

Kisah wanita yang memeluk anak perempuan Shuib iaitu Dekta tidak diketahui siapa orangnya. Wajahnya ketika itu telah ditutup, dan hanya kelihatan dari sisi saja.

Oleh yang demikian, para netizen telah menulis komen memetik nama beberapa wanita yang kelihatan mirip seperti wanita di dalam video tersebut. Antara nama yang kena petik ialah pelakon cantik Wan Sharmila.

Namun begitu, Wan Sharmila berkata, memang bukan dirinya di dalam video berkenaan walaupun kelihatan mirip dengan dirinya.

Semalam satu lagi video telah tersebar, menunjukkan Wan Sharmila meluangkan masa dengan Talita atau Dekta, anak perempuan Shuib.

Dari video itu, Wan Sharmila dilihat sedang bermesra dengan Dekta, dan minum bersama.

Kemudian, Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala, berpegang tangan dengan Dekta, berjalan-jalan di shopping mall.

Pelakon berumur 40 tahun ini kemudian telah bersama-sama pergi ke kedai buku dan belanja Dekta buku.

Dekta yang ditemani Makder, iaitu neneknya, kemudian turut menghadiahkan Wan Sharmila dengan tudung jenama Loveta, tudung yang diusahakan oleh arwah ibunya, Siti Sarah.

Mereka berdua kemudiannya telah dilihat berpelukkan bersama. Ini video Wan Sharmila dan Dekta meluangkan masa bersama.

Dari ruangan komen, rata-rata suka melihat Wan Sharmila mendampingi Dekta. Ada yang mengatakan Wan Sharmila ini lembut orangnya, dan pandai melayan Dekta.

Baik dan cantik Wan Sharmila. Nampak amat serasi dengan Dekta, sesuai dengan Shuib.” Tulis seorang netizen.

Syukur, suka tengok Lala ni memang baik. Nampak keikhlasan hati dia. Jela suka sangat Dekta dapat jumpa Auntie Lala. Budak kecil ni hatinye bersih dan suci, tak pandai nak sorok-sorok. Kalau dia suka memang jelas dia tunjuk.

Buat masa sekarang tiada sebarang kenyataan dari Wan Sharmila dan juga Shuib tentang hubungan mereka berdua.