Lepas GV6, Hairee Kool terus jadi buruh binaan, cat rumah, potong rumput

4,299 views

Untuk peminat industri hiburan tanah air sudah tentu pernah dengar lagu Bebas nyanyian kumpulan Kool. Lagu berkenaan amat popular berbelas tahun dulu dan kumpulan Kool juga pernah masuk AJL. Kini Kool kembali menyinari industri seni apabila dua orang ahlinya masuk Gegar Vaganza. Namun rezeki mereka hanya sampai ke minggu ke empat sahaja apabila mereka akhirnya tersingkir.

Penyanyi utama kumpulan Kool, iaitu Hairee ada membuat pendedahan bahawa dia buat banyak kerja setelah kerjayanya sebagai penyanyi menjadi suram tak lama dulu.

Namun Hairee tak rasa malu kerja sebagai buruh binaan dan melakukan banyak kerja rencam lain, walaupun namanya agak terkenal dan dikenali ramai juga terutama di zaman kegemilangan kumpulan Kool.

Hairee yang kini dah berumur 51 tahun, memberitahu, sebagai seorang lelaki yang ada keluarga, dia sanggup buat apa sahaja kerja untuk sara keluarganya, asalkan ianya kerja yang halal.

“Dah lama sy tak ada terima tawaran persembahan nyanyi. Oleh itu, kerana sy ada anak isteri yang perlu ditanggung, sy tak kisah pun melakukan apa saja kerja.

“Sebelum ini, ada kawan saya tawarkan saya kerja sebagai buruh binaan dengan gaji sebanyak RM80 sehari, jadi saya terima tanpa banyak alasan.

“Selain jadi sebagai buruh, sy juga buat pelbagai kerja lain seperti cat rumah dan potong rumput. Saya tak perlu rasa malu sebab saya bukannya mencuri, selain mahukan keberkatan dalam mencari rezeki,”

Walaupun telah sertai gegar Vaganza musim keenam, Hairee berkata dia akan terus bekerja sebagai buruh dan buat kerja seperti sebelum ini jika ada tawaran.

“Kalau ada yang nak tawarkan saya untuk nyanyi, saya akan pergi. Jika ada yg tawarkan peluang kerja lain, saya tak akan tolak. Memang ada yg kenal (sebagai penyanyi), tapi sy tak kisah pun. Saya anggap diri sebagai pejuang”.

Kini, Hairee akan kembali aktif dalam industri muzik malah Hairee akan muncul dengan lagu baru hasil ciptaan composer popular, Helen Yap.

Kumpulan Kool akan berduet dengan penyanyi jelita Zizi Kirana. Memang ramai peminatnya yang tak sabar nak dengar lagu berkenaan.