“Macam hantar adik” Datin Anne Ngasri hantar anak ke sekolah asrama penuh

8,491 views

Pelakon yang pernah popular dengan drama Cili Padi iaitu Datin Anne Ngasri, dilihat telah update dilaman Instagram miliknya, telah menghantar anaknya ke sekolah berasrama penuh.

Di usianya yang sudah masuk 38 tahun, kehadiran Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri ke sekolah berkenaan telah mencuri perhatian ramai.

Siapa yang sangka, sekejap saja Anne Ngasri dah ada anak remaja dan dah masuk ke sekolah asrama dah pun.

Dari hantaran yang di upload oleh Anne Ngasri, dia memang sayu setelah teringat akan berjauhan dengan anak lelakinya itu. Adik kepada Bell Ngasri ini terpaksa menerima hakikat dan kenyataan, anaknya kini akan merantau untuk menuntut ilmu.

Anak Anne Ngasri ini bernama Abdul Warits, 16 tahun, yang diterima masuk untuk meneruskan pembelajaran di sekolah berasrama penuh, iaitu Kolej Yayasan Saad di Durian Tunggal, Melaka.

Walaupun rasa berat hati nak berjauhan dengan anaknya itu, bagi Anne, ini merupakan keputusan yang dibuat untuk masa depan Warits juga.

“Ini bukannya satu keputusan yang mudah buat saya. Saya memang jarang sekali berpisah dengan anak-anak, namun begitu, demi kebaikan dan untuk masa depannya, saya kuatkan diri ini juga.”

“Semoga Abdul Warits akan belajar dengan rajin-rajin dan kena ingat selalu bahawa tiada benda yang mudah untuk dicapai. Kena usaha keras, dan barulah pasti berjaya. Sama-sama doakan anak saya ini.”

Dilihat diruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Anne Ngasri dan juga anaknya itu.

Ada juga yang memberi kata pujian bahawa Anne ini nampak awet muda, malah ada yang melihat seperti Anne menghantar adik ke sekolah asrama.

“Awek muda Anne ni macam Bell juga. Dah macam hantar adik ke asrama.”

Untuk info, Abdul Warits ini merupakan anak sulung Anne Ngasri hasil perkahwinan yang pertamanya. Anne mempunyai tiga ornag anak menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Warits (16 tahun), Wafri (14 tahun) dan Nazharah, yang kini berumur 12 tahun.

Anne Ngasri kemudian berkahwin dengan Datuk Mohd Sumali Reduan pada tahun 2012. Sepanjang perkahwinan, Anne Ngasri mempunyai dua orang anak iaitu Sufi, 9 tahun dan Nefa, yang berumur 4 tahun.