Lihat reaksi rakan artis kepada Puteri Aishah

4,919 views

Berita tentang pelakon Puteri Aishah diduga apabila positif virus covid19 membuatkan ramai rakan artis yang terkejut mendengar berita berkenaan. Kalau ikutkan Puteri Aishah merupakan selebriti kedua yang disahkan positif selepas Pu Riz. Sehingga kini masih belum ada kenyataan dari Puteri Aishah tentang keadaan dirinya ketika ini.

Dari beberapa laporan, Puteri Aishah dikatakan ada history perjalanan ke luar Negara iaiu ke eropah untuk jalani penggambaran di sana. Malahan, kesemua krew dan pihak produksi yang terlibat dalam penggambaran itu sudahpun membuat test.

Berita Puteri Aishah positif virus ini mendapat perhatian para artis di Malaysia. Rata-rata memberi sokongan dan berdoa agar Puteri Aishah kembali sembuh. Antara yang memberi komen ialah Lisa Surihani, Nora Danish, Hael Husaini,Elfira Loya Emma Maembong dan ramai lagi.

Turut menulis komen ialah Raysha Rizrose yang merupakan juara Dewi Remaja yang mana Puteri Aishah turut merupakan salah seorang peserta.

Lisa Surihani: Baru dengar berita. Bismillahirrahmanirrahim. Syafakillah buat mu dear adik. May Allah ease your recovery and may you get back to the pink of health sooner than later. Insya Allah amin.

Raysha Rizrose: I know you’re strong babe. You’re gonna fight this. Sayang awak.

Hael Husaini: Get well soon babe. Insya Allah, semoga segalanya dipermudahkan, terus kuat.

Sherry Ibrahim: Semoga cepat sembuh Puteri Aishah.

Dynas Mokhtar: Get well soon my dear. You got this. Will pray for fast recovery.

Adeline Tsen: Babe be strong. You can fight this. We can fight this, eat more vitamin C ya

Nora Danish: Terus kuat Puteri Aishah. Kita semua doa untuk Puteri Aishah dan semua team supaya cepat sembuh.

Ramona Zamzam: Ya Allah Puteri Aishah i just heard. This is such a tough time but everything’s gonna be ok. You be strong girl, you can do this. Praying that you’ll get well soon sayang amin.

Elfira Loy: Gosh. Be positive always, you can fight the virus.

Intan Najuwa Babe, terus kuatkan diri. Everything will be okay. Love you so much.

Emma Maembong: Be strong, semoga cepat sembuh. My prayers go to you and semua.

Jozlynn Hanania: Moga Allah berikan kesembuhan buat kamu amin.

Ramai lagi artis dan selebriti lain yang menulis kata-kata semangat buat Puteri Aishah apabila meneri berita bahawa pelakon ini positif virus.

Berita berkenaan disampaikan oleh pengurus kepada Puteri Aishah sendiri semalam.