Anak merupakan satu anugerah yang tak dapat ditandingi buat suami isteri. Lapan tahun dah berkahwin, akhirnya pasangan Jehan Miskin dan isterinya Julie Camelia Rhee mengumumkan mereka bakal bergelar ibu dan bapa pada tahun depan.
Sudah tentu ini satu berita yang menakjubkan buat mereka apatah dah lama berumahtangga sejak dari tahun 2013.
Julie Camelia Rhee yang merupakan warga Korea, memuatnak satu post khas setelah dirinay disahkan hamil anak pertama.
Katanya dia memang amatlah gembira dan ada perasaan bercampur baur temasuk rasa teruja, malu-malu dan kelakar.
“Hanya bila saya ingat hidup saya di negara Malaysia ni dah cukup bahagia dan hebat, bersama suami tercinta, tiba-tiba satu perkara yang tak pernah bermain di fikiran saya berlaku. Menukar segalanya atas bawah, hanya seperti itu saya dan Jehan akan jadi ibu bapa
“Semuanya rasa macam baru semula. Ianya dirasakan umpama exciting, embarrassingly silly dan awkwardly funny digabungkan sekali bersama”.
Bagi Julie Camelia Rhee, ini merupakan satu journey yang baru dalam hidupnya dan keluarga dan dia juga bersetuju bahawa baby ini merupakan baby PKP.
Sebelum ini Jehan Miskin terlebih dahulu mengumumkan bahawa dia bakal bergelar bapa setelah muatnaik gambar dengan foto scan pengesahan isterinya dah hamil. “Satu campur satu jadi tiga, bakal datang 2021” tulis Jehan ringkas menerusi laman medianya.
Pada tahun 2013 Jehan Miskin dan Julie berkahwin setelah mula berkenalan ketika bersenam di gym.
Peristiwa kelakar ketika pertemuan mereka adalah Julie ingatkan Jehan Miskin ni tiada pekerjaan sehinggalah dia dapati ramai yang nak bergambar dengan Jehan ketika bertemu di luar, barulah dia tahu Jehan adalah pelakon di negara ini.
Jehan Miskin yang kini dah berumur 40 tahun, sebelum ini pernah popular sekitar tahun 2005 sehingga 2015. Antara filemnya seperti Qaisy dan Laila bersama Fazura, Nana Tanjung, Apokalips dan yang terakhir filem Suamiku Encik Perfect.