Mak Wan Latah selamat bernikah, ini wajah suaminya

4,535 views

Pelakon veteran, Mak Wan Latah, 60 tahun, telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Husin Dollah, 72 tahun.

Mak Wan dan suami sebenarnya dah bernikah pada tarikh 22 January 2022 yang lalu bertempat di kampungnya, Ipoh, Perak.

Satu majlis respsi pula telah diadakan pada hujung minggu lalu di kediaman suaminya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Jelas Mak Wan, dia sebenarnya masih kekok setelah bergelar isteri selama hampir seminggu lebih ini.

“Ini memang sesuatu benda yang baru, jadi saya masih lagi kekok.Ini perkahwinan saya yang ketiga. Sebelum ini tujuh tahun saya hidup sendirian.”

“Saya tak dinafikan agak sukar juga nak sesuaikan diri sebab saya dah lama hidup seorang, dah terbiasa. Mungkin sebab masih baru sangat berkahwin, jadi masih ada perasaan malu. Saya ni pun tak banyak cakap sangat.”

“Ketika ini, saya masih dalam proses nak kenal dan suaikan diri dengan hidup baru di Kuala Pilah dan family di sini. Alhamdulillah layanan semuanya baik-baik.”

Setelah dua kali temui kegagalan dari perkahwinan terdahulu, Mak Wan berkata dia tak sangka akan bertemu jodoh sekali lagi.

“Bukan kata saya tak ada sesiapa yang nak, namun sebenarnya sebenlum ini saya tolak tepi dulu soal jodoh.”

“Walau kami dah bertunang pada bulan November tahun lepas, kami hanya pernah bertemu sekali saja. Kemudian, saya memang sering bertanya khabar dengan anak perempuannya menerusi WhatsApp.”

Mak Wan telah pergi buat umrah pada awal Januari dan menunda pernikahannya kerana terpaksa jalani kuarantin setelah pulang dari umrah.

“Setelah pulang dari umrah saya di kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi. Kemudian habis kuarantin, saya kena jalani penggambaran yang tertunda dulu.”

“Pada 22 Januari, barulah majlis akad nikah kami dilangsungkan di Ipoh dan kami kini telah pun sah bergelar pasangan suami isteri.”

Mak Wan dan suami belum lagi merancang untuk berbulan madu dan mungkin akan bercuti di sekitar Malaysia setelah semua kerjanya selesai.

“Kami belum ada plan untuk bulan madu sebab jadual lakonan saya di bulan Februari dah penuh.”

Tentang kerjayanya, suaminya tidak akan masuk campur hal kerja dan Mak Wan akan berfikir untuk slow kan sedikit kerjayanya selepas ini.

“Anaknya pun ada kata, jika boleh perlahan-lahan kurangkan sikit berlakon. Buat masa sekarang saya masih jalani penggambaran yang tertunda. Tengoklah macam mana lepas ini. Sekarang ni pun saya akan duduk di Kepong untuk selesaikan kerja manakala suami duduk di Kuala Pilah.”

Jelas Mak Wan Latah, dia akan tinggal dengan suami di Kuala Pilah dan akan pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Jelasnya anak-anak suaminya pun faham dengan keadaan itu.

Di majlis resepsi Mak Wan Latah, antara rakan artis yang kelihatan hadir ialah Delimawati, Wan Maimunah dan juga Normah Damanhuri.