Pelakon drama terkenal tanah air iaitu Azlee Khairi mengesahkan dirinya telah pun berkahwin buat kali kedua. Sebenarnya dia sudah berkahwin agak lama iaitu kira-kira setahun yang lalu, namun mengambil pendekatan untuk tidak bercerita secara terbuka tentangnya.
Malah, Azlee dan isteri barunya itu telah pun menerima baby baru hasil hubungan perkahwinan mereka. Ini kenyataan dari Azlee Khairi.
“Saya dah pun selamat bernikah kali kedua pada bulan Januari tahun 2021. Syukur alhamdulillah, saya dah bertemu jodoh dengan wanita yang boleh terima diri saya dengan seadanya. Kami berdua juga telahpun menimang cahaya mata baru.”
Nama isteri Azlee Khairi ialah Nurul Hidayah yang lebih mesra disapa Dhiya, yang merupakan petugas crew penerbangan.
Kisah perkahwinan Azlee dan isterinya mula jadi pertanyaan setelah Azlee muatnaik satu video sambutan hari lahir yang memperlihatkan wanita berkenaan amat mesra dengannya.
Bagi Azlee, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan Dhiya kerana dia seorang yang memahami. Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Azlee dan juga Dhiya.
“Isteri saya sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan lepas.”
“Setelah kami berkahwin, syukur alhamdulilah Allah kurniakan seorang bayi lelaki yang kini berusia lima bulan. Family saya dah lengkap dengan kehadiran isteri dan anak-anak.”
Azlee memberitahu, dia tidak mencanang perkahwinan mereka atas permintaan pihak isteri sendiri.
“Kami nikah secara online pada bulan Januari, tahun lepas. Hanya ahli keluarga dan sanak saudara dari kedua belah pihak kami saja yang terlibat.”
“Buat masa sekarang ni saya tak mahu cerita lebih banyak butiran sebab isteri saya tak gemar dan kurang senang.”
Azlee Khairi dan Dhiya dijangka akan membuat satu majlis resepsi pada bulan Mac ini. In beberapa foto wajah isteri Azlee.
Diimbas kembali, Azlee Khairi pernah berumah tangga dengan wanita Brunei bernama Dayang Norlelawati Puteh pada tahun 2014 dan terus meninggalkan kerjaya sebagai pelakon sebelum tinggal di Brunei.
Jodoh tak panjang, pasangan ini memilih untuk jalani haluan hidup masing-masing dan Azlee Khairi kembali ke Malaysia dan mulakan semula kariernya sebagai pelakon.