“Malam tadi mimpi kau datang, senyum je” Ali Puteh cerita arwah Abam datang dalam mimpinya

2,310 views

Sembilan bulan pelawak Abam Bocey pergi buat selamanya. Kisah pemergiannya sering dikaitkan denga isu yang melanda antara family kandung Abam terutama Ali dengan balu Abam iaitu Hidayah.

Dikatakan kes ini dah pun selesai setelah pembahagian faraid telah dibuat.

Sempena sembilan bulan pemergian abang tersayang, Ali Puteh telah muatnaik gambar kenangan di laman IG miliknya.

Gambar itu menunjukkan arwah Abam sedang memeluk erat ibu kandung mereka. Diruang caption, Ali turut bercerita bahawa ketika tidur, arwah abangnya itu hadir di dalam mimpinya.

Ini yang ditulis oleh Ali Puteh semalam tentang mimpi bertemu arwah abangnya.

“Hari ini pada tarikh 10 haribulan, maka genap 9 bulan pemergianmu wahai abangku. Kuburmu ketika ini masih lagi orang datang melawat dan sentiasa kelihatan bersih sahaja”.

“Pada malam tadi, dalam mimpi, kau dah datang bang, jenguk kami, senyum je kau. Semoga kau sentiasa tenang di sana ye bang. Sekarang ni emak sihat, semua pun sihat. Aku doa semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan jangan lupa tengokkan Ainul Mardhiah di sana”.

Untuk yang tidak tahu, Ainul Mardhiah merupakan anak kepada Ali Puteh yang telah kembali kerahmatullah.

Dalam pada itu, Ali sempat meluahkan rasa hati yang terbuku berkenaan dirinya yang sering jadi bahan untuk lepas geram orang ramai, terutama melibatkan kisah Ali dengan kakak iparnya, Hidayah.

“Biarlah apa pun orang nak cakap kat kita. Pekakkan telinga saja sebab apa yang berlaku, kita adalah tetap adik beradik. Mereka semua tu tak tahu apa tentang kita, hanya family sahaja yang tahu. Maafkan mereka semua tu”.

Itulah kisah Ali Puteh bertemu arwah abangnya di dalam mimpi baru-baru ini. Diimbas kembali, arwah Abam pergi meninggal dunia ini secara mengejut pada bulan Februari yang lepas.