“Malas bertanding” King Coco dedah sebab tak bertanding di PRU, ada setan topeng manusia?

617 views

Nama King Coco pernah viral satu Malaysia dulu dengan isu cara percakapannya yang pelat macam minah salleh. 

Popular dengan ayat a lot of mix, King Coco jadi terkenal sekelip mata satu masa dulu sampaikan mempunyai ratus ribu pengikutnya di laman media sosial. 

Tak lama dulu, ramai yang tahu bahawa King Coco pernah sertai satu parti. 

King Coco telah mendapat undian tertinggi sebagai ketua srikandi parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk kawasan Bagan Serai.  

Oleh kerana musim pilihan raya umum sedang rancank dan hangat diperkatakan, ada juga yang tertanya status King Coco. 

Ada bertanya sama ada King Coco masih lagi dalam arena tersebut dan adakah dia akan bertanding. 

Menjawab hal ini, King Coco menyatakan dia tak mahu bertanding malah telah lantang memberi pandangannya. 

Antaranya dia melabel sesetengah pihak sebagai tidak memperjuangkan dan peduli tentang rakyat. 

Ini komen dari King Coco yang ditulis menerusi entry di Ig stories miliknya. 

“Saya tak bertanding ni, memang malas. Semuanya selalu potong tepi. Memang talam dua muka, hipokrit. Semua hanya setan yang telah bertopengkan manusia.” 

King Coco menyatakan pihak atasan hanya mementingkan dari kroni sendiri saja berbanding dengan mereka yang selalu buat kerja demi rakyat. 

“Bukan nya apa, ada yang memang sangat kesian, bertahun-tahun ada yang buat, sebelum PRU lagi, mereka ni dah tolong rakyat, tapi akhirnya tup tap kroni kau juga yang kau dah pilih. Kelakar kan.” 

Sementara itu, King Coco turut tak gemar dengan wajah yang sama saja yang bertanding dan bertanya mana muka baru. 

“Asyik muka yang sama, mana muka yang baru, mana yang fresh. Ada orang kampung, makcik yang tanya pada saya, kenapa dia yang jadi calon, tak pernah nampak pun.” 

Kata King Coco lagi, buat masa sekarang memang tak sesuai untuk dia sertai sebagai calon kerana banyak lagi dia yang kena belajar. 

“Saya bukan sapa pun, pangkat je kecil saja, banyak lagi kena belajar.” 

Ini antara tulisan dari King Coco.

Itulah kenyataan dari King Coco, kali ini dia bukan calon untuk pilihan raya akan datang ni.