Dilabel membosankan sebagai hos MeleTop, Hawa Rizwana down baca komen netizen

2,844 views

Pada hari Selasa, telag dimumkan bahawa Hawa Rizwana kini telah dipilih sebagai hos tetap untuk rancangan yang amat popular iaitu MeleTop. 

Hawa Rizwana akan berganding dengan pengacara terkenal Nabil Ahmad untuk menjayakan rancangan berkenaan. 

Seperti biasalah, jika ada pengacara yang baru sesuatu rancangan, dah tentu akan ada komen serta pendapat dari para penonton dan juga netizen di luar sana. 

Begitu juga dengan Hawa Rizwana, tak lari dari menerima pelbagai komen.  

Jika dilihat di komen terutama di laman media milik MeleTop sendiri, ramai yang memberi pendapat mereka tentang Hawa. 

Namun memang ramai juga yang mengatakan bahawa Hawa Rizwana ini bagaikan tak kena dengan rancangan hiburan seperti MeleTop ini selain dilabel sebagai membosankan dan tak happening. 

Ini antara komen dari netizen yang dilontarkan. 

“Hawa ni boring, lebih sesuai dengan berita atau program macam Nona.” 

“Tak best lah, boring, baik ambil Kak Lina atau Jihan je ganti.” 

“Macam tak sesuai pula, baik dia ni baca berita, dah tak ada mood nak tengok MeleTop dah.” 

Kerana begitu banyak pandangan dari netizen, Hawa Rizwana ditanya tentang hal ini dan memberi pandangannya. 

Sebagai manusia, dah tentu Hawa ada rasa down setelah mengetahui reaksi dari penonton. Ini jawapan dari Hawa seperti yang dilaporkan oleh portal Murai.   

“Thanks kepada semua yang ada memberi komen, yang positif mahupun yang sebaliknya. Berbohonglah jika saya cakap yang kita ni tidak ada rasa sedih mahupun down dengan komen yang tak memuji kita.” 

“Tetapi kita tak boleh hidup hanya dengan pujian semata, kena ada juga komen membina. Kritikan membuatkan kita ada rasa tak selesa dan dah tentu nak menjadi yang lebih baik lagi. Apapun sama-sama kita rancakkan program meleTop ini.” 

Ditanya tentang perbandingannya dengan Neelofa, ini pula reaksi dari Hawa Rizwana. 

“Demi nak elakkan perbandingan itu, saya hanya berserah kepada semua para penonton, saya hanya akan buat seikhlas hati atas minat saya sendiri.”   

“Neelofa dan juga Nabil dah pun menjadikan rancangan MeleTOP sebagai satu nama yang sangat berprestij dan eksklusif, ini satu tanggungjawab untuk saya pula.” 

Pertama kali menjadi hos rancnagan hiburan, Hawa Rizwana akan belajar untuk jadi lebih baik untuk kendalikan rancangan bergenre ini.  

“Nabil ada ajar banyak ilmu kepada saya, saya juga banyak tonton video. Yang penting sekali, kita sendiri kena seronok dan saya hanya nak jadi diri sendiri.” 

Selamat maju jaya buat Hawa Rizwana jadi pengacara meleTop, semoga sukses.