Pelakon terkenal ada bela anjing dalam rumah? Ter’upload’ video di IG

1,811 views

Seorang pelakon terkenal tanah air mula jadi bualan sejak semalam setelah ada video yang membuat ramai tertanya-tanya. 

Pelakon yang dimaksudkan ialah Fezrul Khan, antara pelakon yang banyak mewarnai kaca televisyen dan juga antara pelakon dalam filem box office, Air Force The Movie. 

Sejak semalam, Fezrul Khan ada muatnaik satu video yang mana dia seakan ada memelihara anjing. 

Video dari Ig story miilik pelakon berumur 40 tahun ini menunjukkan dia berada di dalam rumah dan telah memanggil seekor anjing dengan nama panggilan sebagai Chibi. 

Kemudian Fezrul Khan ada meminta anjing itu duduk, dan kemudiannya membelai dan memuji anjing berwarna hitam berkenaan amat pandai. 

Anjing tersebut ternyata patuh dengan arahan dari Fezrul Khan dan amat manja, sekaligus membuat ramai tertanya benarkah Fazrul Khan membela anjing di kediamannya. 

Setelah video ini tular di media sosial, ada reply dari Fezrul Khan yang menunjukkan bahawa anjing tersebut jatuh sakit dan berada di dalam sangkar. 

Tulis Fazrul Khan, dia sedar bahawa ada yang mengatakan kurang pahala untuk membela haiwan berkenaan dalam rumah, namun menyatakan hanya Tuhan yang Maha Besar. 

“Ini merupakan ciptaan Illahi. Tak mengapalah korang nak kata pahala saya ni akan kurang, tapi Allahuakbar.” 

Fezrul Khan kemudian ada muatnaik satu video menunjukkan ada beberapa ekora lagi anjing di luar kawasan rumahnya, dan mengatakan anjing itu juga merupakan miliknya. 

Sehingga kini tiada jawapan lanjut dari Fezrul Khan tentang hal memelihara anjing ini. Apapun, kita tunggu jika ada penjelasan dari Fezrul Khan tentang isu ini. 

Dari ajaran agama, boleh membela anjing tetapi di luar rumah untuk menjaga rumah ataupun tujuan kerja seperti jaga kebun ataupun sebagai anjing pengesan, namun jika membela di dalam rumah sebagai pet semata, dikatakan tak boleh.

Sedikit info peribadi, Fezrul Khan kini merupakan seorang duda setelah dah pun berpisah dengan bekas isterinya dan hasil perkahwinan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur 9 tahun.