“Malu nak bersanding” Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin pilih buat majlis kesyukuran

4,056 views

Pasangan selebriti terkenal iaitu penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin telah mengadakan satu majlis sempena perkahwinan mereka.

Namun dikatakan mereka berdua tidak bersanding sebaliknya lebih kepada mengadakan majlis kesyukuran saja.

Majlis tersebut diberi nama Raikan Cinta Yusuf dan Nur di Grand Kaca Wedding Hall, yang terletak di Durian Tunggal, Melaka.

Jelas Zizi, atau nama sebenarnya Nur Fazelah dia juga ada rasa malu untuk bersanding.

“Jujur cakap, kami ni lebih kepada mahu adakan majlis kesyukuran secara santai saja. Oleh itu, kami hanya nak raikan bersama family dan kawan terdekat. Memang pun, kami ni malu bersanding.”

“Sejak awal, rancang memang nak buat santai saja, tetamu datang kemudian makan-makan, jumpa dan ambil gambar lepas tu dengar pula persembahan qasidah.”

“Yang datang family saya datang dari Sabah, family Yusuf, rakan kami, dan raikan juga anak-anak tahfiz serta ada beberapa tetamu kenamaan. Itu saja jemputan kami.”

“Persembahan ini pun daripada kumpulan qasidah Ar-Rayyan. Pentas yang ada memang dibuat untuk persembahan qasidah. Selesai majlis, baru kami bergambar dengan family kat pentas tu.”

Zizi akui ada juag tetamu yang tanya kenapa tak bersanding.

“Semalam, bila saja masuk dewan, kami terus saja duduk di meja dan sama-sama makan beradab. Orang ingat terus ke pentas, tapi tak ada pun. Memang kami nak macam itu saja. Selalu saya dah biasa naik pentas. Kali ini, nak lebih bermesra dengan tetamu kami saja.”

“Lepas tu kumpulan qasidah tu pun terkejut serta tertanya-tanya, memang betul kah kami ni tak sanding. Mereka pun pelik, pentas untuk mereka saja. Saya nyanyi sikit di tepi saja.”

Hal ini turut diakui oleh Yusuf yang memang mahu majlis kesyukuran.

“Kami buat majlis ni bukannya majlis resepsi aatu bersanding. Saya dan Zizi niat buat family gathering kemudian raikan bersama family serta rakan.”

Diimabs kembali Yusuf Bahrin dan Zizi bernikah pada bulan September tahun 2021, kira-kira enam bulan yang lalu.