Semalam telah berlangsung satu majlis sempena perkahwinan pasangan selebriti terkenal tanah air iaitu pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi Zizi Kirana.
Setelah lebih kurang enam bulan mendirikan rumah tangga, Yusuf dan Zizi membuat satu majlis untuk bersama-sama meraikan bersama family dan rakan terdekat.
Majlis telah diadakan di Grand Kaca Wedding Hall yang terletak di Durian Tunggal, Melaka.
Untuk yang tak tahu, Melaka merupakan kampung halaman buat Yusuf Bahrin.
Apa yang menariknya, majlis ini tidak seperti kebanyakkan majlis yang lain, yang mana bagi Yusuf dan Zizi, ianya bukanlah majlis resepsi.
Tetapi pasangan pengantin ini mengatakan ianya lebih kepada majlis kesyukuran di atas kesempurnaan perjalanan mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Majlis ini diberi nama Raikan Cinta Yusuf Dan Nur. Nur itu merupakan pangkal nama sebenar Zizi iaitu Nur Fazelah. Majlis ini pula telah mengambil tema Arab.
Antara aturcara yang berlainan berbanding majlis resepsi biasa ialah kedua pasangan ini tidak bersanding di atas pelamin.
Sebaik saja masuk ke dewan, Yusuf yang memakai serban, dan Zizi yang memakai purdah, terus saja menuju ke meja makan untuk menjamu selera bersama hadirin.
Sepanjang majlis itu, persembahan qasidah mengiringi perjalanan aturcara di atas pentas. Pentas itu memang khas buat persembahan qasidah saja.
Zizi juga ada membuat sedikit persembahan bersama kumpulan qasidah namun tidak naik di atas pentas, hanya dari tepi pentas saja.
Selesai menjamu selera dan membuat persembahan, kemudian baru Yusuf dan Zizi bergambar bersama tetamu yang hadir. Memang tiada bersanding di atas pelamin pun.
Ini beberapa lagi gambar sekitar majlis raikan cinta Yusuf Bahrin dan juga Zizi Kirana ini. Jom layan.
Untuk info kepada semua, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana telah bernikah pada bulan September tahun 2021 yang lalu.