“Malu tengok seluar tu, makin tua makin menjadi” Nora Danish pakai seluar koyak

3,214 views

Antara selebriti yang sering tampil dengan fesyen gaya terkini ialah Nora Danish. Walaupun di umur sudah nak masuk 40 tahun, Nora masih lagi tampil dengan fesyen yang terkini, ikut trend dan peredaran semasa bak kata orang.

Namun, tak semua orang suka dengan penampilan fesyen yang dipakai oleh Nora Danish itu.

Baru-baru ini, Nora ada pakai baju yang nampak bahu, memang habis kena dengan netizen yang mengingatkan Nora bahawa dia dah nak masuk 40 tahun.

Ada yang meminta isteri kepada Nedim ini beringat sedikit untuk bergaya.

Namun semuanya bagaikan tak diendahkan oleh Nora Danish. Ini kerana yang terkini, Nora Danish tampil pula dengan fesyen seluar jeans yang koyak.

Koyak seluar itu bukannya kecil, tetapi agak besar juga sehingga ternampak kakinya terutama di bahagian peha.

Ada satu gambar menunjukkan koyakkan yang besar semasa Nora Danish sedang duduk. Ini fotonya.

Diruangan caption, Nora Danish hanya menulis sempena ketibaan bulan March. Dan ada satu foto yang menunjukkan Nora berkata sebenarnya dirinya di dalam jiwa, umpama masih kanak-kanak.

Melihat ruangan komen, memang ramai yang memberi pendapat masing-masing. Maklumlah tak habis lagi isu baju nampak bahu, kini Nora tampil pula memakai seluar yang koyak. Ini antara komen dari netizen.

Miki Mariko menulis: “Takut dengan Tuhan, mari sama-sama jadi mukmin yang sebenar.”

“MInta tolong jaga auratmu Nora Danish.” Tulis Diana Ladyana.

Ada juga yang memerli, orang kaya tetapi masih lagi pakai seluar yang koyak rabak sedemikian.

“Kesiannya, orang kaya tapi pakai pakaian koyak rabak seperti ini.” Tulis seorang netizen.

Rata-rata menulis dan mengatakan alangkah baiknya jika Nora menjaga cara berpakaian. Dan ada juga yang menegur dan mengingatkan menutup aurat lebih indah.

“Sangat cantik jikalau Nora Danish menutup aurat. Sebab Nora Danish memang amat cantik orangnya. Semoga tuhan akan kurniakan hidayah buat si cantik ini.”

Itulah antara komen tentang seluar koyak Nora Danish.