“Berdosa ke paksa suami.. nak menangis Aeril Zafrel” ~Wawa Zainal

6,018 views

Pasangan suami isteri yang amat serasi bersama, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selalu saja memaparkan kehidupan bahagia mereka di laman media sosial.

Yang paling terbaru, Wawa Zainal ada muatnaik satu video menunjukkan suaminya itu sedang memotong rambutnya.

Rupanya ada udang disebalik batu tentang kisah Aeril Zafrel kena potong rambut ni.
Kata Wawa Zainal, sebenarnya dia yang meminta suaminya itu untuk memotong rambutnya yang dah panjang.

Ini kerana Aeril Zafrel meminta kebenaran dari isterinya itu untuk membeli sebuh motorasikal yang baru.

Jadi kalau nak beli motor baru, syaratnya Aeril Zafrel kenalah potong rambutnya.

“Kita pada hari ini, tengok tengah buat apa ni, sedang menggunting rambut Aeril Zafrel. Memang dia rasa nak menangis kerana dia kena potong rambut ini. Sebenanrya dia kata nak beli motorsikal. Oleh itu Wawa kata pada dia, kalau nak beli bolehm tetapi dia kenalah potong rambut dulu. Barulah dia akan jadi lebih handsome kacak dan bertambah bergaya.”

Diruangan caption Wawa telah tertanya-tanya apakah apa yang dilakukan itu menjadi satu kesalahan iaitu meminta suami melepaskan apa yang dia paling suka.

“Adakah jadi berdosa sebab Wawa paksa suami lepaskan salah satu benda yang paling dia suka dan sayang, rambutnya. Apa yang kalian rasa. Saya tiba rasa bersalah pula.”

Sementara itu, Aeril Zafrel ada memberi komen kalaulah rambutnya itu tak lawa, habislah itu salah isterinya.

“Ala menyesal aku potong. Kalau tak cantik rambut ni, siap la Wawa Zainal.” Kata Aeril Zafrel.

Menjengah di bahagian komen, dilihat ramai yang suka Aeril mengenakan rambut pendek berbanding rambut panjang. Ada yang mengatakan Aeril nampak lebih kemas dan bergaya. Memang lebih sesuai untuk Aeril Zafrel berambut pendek.