“Perasaan macam anak dara..” Mas Idayu akui sedang kenali hati budi seseorang

2,933 views

Hati sedang berbunga-bunga, itulah yang boleh di katakan berkenaan penyanyi popular Mas Idayu, ketika ini.

Di usia dah masuk 50 tahun, Mas Idayu akui kini dah jatuh cinta dan sedang mengenali hati budi seseorang.

Malah Mas Idayu berkata dia juga dapat melihat, hubungan itu akan menjadi dan ke arah yang lebih serius.

Sudah 15 tahun hidup secara solo, akhirnya barulah hatinya terbuka.

“Dah lebih kurang 15 tahun saya hidup secara sendirian, memang saya akui terkejut dan tak sangka betul akhirnya pintu hati saya ini terbuka untuk kenali seseorang. Perasaan ini umpana semasa saya sedang mengenali lelaki pada zaman anak dara dulu-dulu. Menggigil nak jawab soalan ni.”

“Betul memang selama ini saya menutup pintu hati kepada pasangan baru sungguhpun memang ada banyak lelaki cuba nak kenali dan dekati diri saya. Ini termasuklah ada lelaki yang muda. Kalau saya okey, tapi anak pula tak okey.”

“Sebelum ini, saya selalu doa supaya dikurniakan rezeki temu jodoh, dah tiba masanya saya berteman.”

Identiti jejaka yang berjaya memikat hati Mas Idayu itu belum lagi boleh diumum tetapi Mas Idayu menyatakan dia juga seseorang dalam industry hiburan.

“Tidak sangka dia hadir dalam hidup saya sedangkan sebelum ini pernah juga beberapa kali kami dah bekerjasama. Sebenarnya tahun lepas dah ada orang yang mengusik saya dengannya, namun kami hanya mula rapat pada tahun ini. Tapi dia bukanlah selebriti.”

Mas Idayu turut akui dia dah pun beberapa kali keluar bersama jejaka berkenaan.

“Dah keluar sama-sama, dah beberapa kali. Setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik. Doakan buat kami.”

Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Dayini Ashiqah, 25 tahun. Hubungan Mas Idayu dan Aman Graseka berakhir pada tahun 2006.