Man Raja Lawak, delete lah video tu

7,131 views

Ini satu lagi kisah yang timbul melibatkan beberapa pelakon dan pelawak. Isu ini tmbul apabila seorang pelawak dan juara Maharaja Lawak iaitu Man (kumpulan Puteh) telah memuat naik satu video yang menunjukan Khir Rahman sedang memarahi pelawak lain yang datang lambat ke sesi latihan teater Korupsi Dewan Semandung.

Dikatakan yang kena dengan Khir Rahman ialah pelawak sedang meningkat naik iaitu Chiwan dan juga Tapai.

Ini antara kata-kata Khir: “Engkau tgk brape ramai org dah standby sini. Engkau bgtau ak skang kau dtg balik pukul berapa? Engkau tahu kan shooting mcm mana, kena respect masa org lain. Tahu kan latihan start kul brapa, klu hari pertama, kedua atau ketiga aku boleh beralah”

Seorang pelakon teater berkenaan iaitu Man Raja Lawak telah upload video itu di laman sosial Instagram miliknya. Disebabkan perkongsian video itu, Man Raja Lawak menerima komen yang pelbagai.

Ada antara netizen yang menyatakan bahawa video itu akan mengeruhkan hubungan diantara pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam teater tersebut dan mereka mahu Man Raja lawak supaya delete saje video itu.

Man Raja Lawak pula memberikan kenyataan berikutan video itu: “Ramai para netizen yg komen negative pada saya semalam berkenaan video ini, oleh itu saya post semula la. Sape yg salah siapa yang betul sebenarnya? Kau orang jadi saksi, juara pun datang dua jam awal tau, sila hormat sikit”

Difahamkan Chiwan dan juga Tapai telah datang lewat ketika sesi latihan berlangsung dan disebabkan itu sesi latihan mereka terus tergendala.

Antara komen netizen yang tidak bersetuju tindakan Man Raja Lawak dengan tindakan memuat naik video itu: “Hal kerja tak perlu up kat sini, kena marah tu biasa, sebab kita kena bekerja, itu merupakan lumrah, asam garam kerja. Bila kita dapat sesuatu jawatan tu mesti nak beri yg paling baik. Semua orang kena bagi kerjasama serta perlu disiplin. Buat Man Raja Lawak padamlah video itu, kesian pada dua-dua rakan awak tu diaibkan”

Apapu, kemungkinan Man Raja Lawak muatnaik video tu sebagai pengajaran agar kita sentiasa hormati masa dan kenalah datang tepat pada waktunya.

Untuk pengetahuan, teater dengan genre komedi seram berjudul Korupsi Dewan Semandung ini akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 28 Februari hingga 1 Mac ini.

Teater itu turut disertai oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Joey, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Sharif Zero, penyanyi Syura dan ramai lagi yang diterbitkan oleh Kak Ogy Ahmad Daud dan diarahkan oleh Khir Rahman..