Semalam melalui satu video temuramah bersama Mstar, Ahmad Iqbal ada berkata tentang beberapa perkara tentang anak-anak Dato Seri Vida iaitu Kacak dan juga Cik B.
Antaranya ialah dia da mengatakan bahawa Kacak dah bersetuju tentang perkahwinan antara Iqbal dan Dato Seri Vida dan Kacak telah menangis kerana mahu Iqbal menjaganya, sebagai bapa baru.
Hari ini giliran Kacak atau nama sebenarnya Eric Zecquan, 14 tahun, memberi respon balas tentang hal berkenaan.
Kata Kacak, dia tak ada pun menangis seperti yang digambarkan oleh Iqbal.
“Bila dia kata saya menangis, saya rasa ni lain macam sebab saya tidak menangis, saya cuma berkata supaya jaga mama baik-baik dan jadi ayah yang baik. Menangis saya tak pernah.”
“Mungkin masa atau cara saya text tu, dia nampak macam saya menangis kot. Saya kental tak menangis.”
Bercerita lanjut, Kacak rupanya sama saja seperti kakaknya Cik B iaitu ada merasakan Iqbal kurang sesuai sebagai suami baru Dato Seri Vida, terutama kerana jarak umur terlalu jauh.
“Mula tanya eh betulkah nak kahwin, tanya mama banyak kali dia kata betul. Saya kata ni tak boleh jadi ni, nak halang, tak setuju. Saya tak nak benda tu jadi sampai berdoa tak nak perkahwinan tu terjadi.”
“Terus terang saya cakap kalau dia betul nak mama, okeylah, sebab kita tahu cinta tak kenal umur, tapi saya ada rasa yang umur mereka macam tak sesuai. Kalau boleh nak yang lebih kurang sebaya mama.”
“Ya betul, Iqbal sesuai jadi abang sahaja. Saya dengan Cik B sepakat. Tapi saya tengah-tengah lah, ada terbuka sikit. Saya dengan takde lah rapat sangat. Macam member biasa, ada mesej benda biasa. Ngam macam kawan je, takdelah rapat sangat.“
Tentang duit, sejak Iqbal rapat dengan mama nya, Kacak kata memang lah dia tak ada bagi duit, tetapi kalau dah jadi kahwin, memang kena bagi duit.
“Sekarang dia tak ada bagi duit, tapi kalau kahwin nanti, kena bagi, saya nak up lagi, mungkin RM50ribu sebulan.”
Dijelaskan Iqbal pernah nak bagi duit RM1juta sebulan kepada family Dato Seri Vida, Kacak memang tersentak dan setuju.
“Fuh satu juta sebulan, lain macam, kalau macam ni proceed teruslah, esok boleh kahwin.” Kata Kcak secara berseloroh.
Kacak kemudian berkata pasal duit itu semuanya tak betul dia hanya bergurau. “Tentang duit semua tu saya bergurau saja.”
Tentang hubungan Cik B dan mama, Kacak berkata kakaknya itu memang seratus peratus membantah.
“Saya berbelah bahagi, Cik B memang seratus peratus membantah tak nak langsung, dan kemudian kesian tengok mama, saya nak support Cik B ke support mama.”
“Tapi saya nampak mama memang sayang bercinta dan sayang dengan dia, abang Iqbal. Tapi saya tak tahu perasaan Iqbal kat mama.”