(FOTO) Zizi Kirana selamat bernikah dengan Yusuf Bahrin, Tahniah

12,118 views

Penyanyi Zizi Kirana, 36 tahun, dan pelakon Yusuf Bahrin, 29 tahun kini disahkan sudah bergelar sebagai pasangan suami isteri hari ini. Pernikahan dibuat di Masjid Usamah Zaid, Wangsa Maju, sebuah masjid di ibu negara pagi tadi.

Tepat jam 10.40 pagi pasangan telahpun diijabkabulkan oleh imam masjid dengan kehadiran bapa Zizi sebagai wali.

Zizi menerima senaskah Quran sebagai mas kahwin dan wang hantaran tidak dinyatakan nilainya.

Penyanyi ini berkata dia dan Yusuf baru saja dapat tarikh pada hari Jumaat dua hari lepas dan terus menjalankan majlis nikah berkenaan. Ianya dihadiri keluarga saja mengikut SOP ditetapkan.

Ini ucapan Zizi: “Syukur semua jalan lancar, baru dapat tarikh Jumaat lepas, semuanya saat akhir. Kami akan adakan majlis di Sabah dan Melaka nanti, mungkin hujung tahun. Semoga perkahwinan kami ini diberkati amin.

Ada beberapa keping foto telah dimuatnaik oleh Zizi Kirana dan juga beberapa kenalannya di laman media sosial sejak pagi tadi.

Zizi Kirana telah mengenakan pakaian berwarna hitam dari Shanel Harun dan sentuhan magis hasil solekan penggaya terkenal tanah air iaitu Datuk Alha Alfa.

Alha Alfa sendiri mengesahkan hal ini dengan membuat ucapan tahniah kepada Zizi Kirana dan juag Yusuf Bahrin.

Syukur Alhamdulillah, tahniah buat Zizi Kirana dan juga pasangannya Yusuf Bahrin. Thanks for having me.

Selain itu, ada juga beberapa video dan gambar yang mana rakan-rakan mengusik Yusif mengatakan agar dia jangan gagap, merujuk ketika ucapan akad nikah.

Ini beberapa keping foto sekitar awal majlis pernikahan antara Zizi Kirana dan juga Yusuf Bahrin.

Shanel Harun mengemas kini busana Zizi
Datuk Alha Alfa solek Zizi Kirana
Zizi Kirana

Di bawah ini pula gambar pasangan ini ketika nikah dan setelah selamat bergelar pasangan suami isteri.

Sama cantik sama padan

Kedua selebriti ini dikatakan berkenalanan ketika rakaman All Together Now Malaysia. Ianya disahkan sendiri oleh Zizi Kirana.

Kami start berkawan bermula beberapa bulan lepas setelah sama-sama terlibat di rancangan All Together Now Malaysia. Kami tak ada bercakap masa tu dan hanya mula bertegur melalui Instagram pada bulan Aidiladha yang lalu.

Sepanjang berkawan, kami tidak pernah bertemu dan hanya berhubung menerusi telefon saja. Secara jujurnya, saya amat selesa dengan Yusuf. Dia memang mempunyai lembut tutur bicaranya dan amat baik.

Hubungan Zizi Kirana dan Yusof Bahrin mula dihidu setelah penyanyi ini ada memanggil pelakon berkenaan dengan panggilan sayang.

Kemudian ada sumber mendapat tahu bahawa kedua mereka telahpun menghantar dokumen untuk bernikah dan disatukan sebagai suami isteri dalam masa terdekat.

Yusof Bahrin juga telah mengosong jadualnya sepanjang sebulan ini dikatakan untuk melancarkan urusan pernikahannnya dengan Zizi Kirana.