“Mana nak lari, bertaubatlah” Fazura benar-benar kecewa

10,317 views

Sebelum ini, pelakon Nur Fazura mencapai satu kejayaan dalam perniagaan, apabila tudung keluarannya sempena hari kemerdekaan telah laris.

Menerusi beberapa laporan, dikhabarkan sale dari penjualan tudung berkenaan mencecah RM2 juta malah semuanya telah sold out.

Namun begitu, disebalik kejayaan yang dicapai, Fazura mendedahkan ada satu hal yang tak di ingini telah berlaku.

Ini apabila ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan menipu orang lain, kononnya dia ada stok tudung, tetapi sebenarnya tak ada. Setelah ambil duit orang yang nak beli, penjual berkenaan akan buat endah tak endah saja.

Hal ini sudah berlarutan selama beberapa bulan, dan ianya semakin menjadi-jadi. Maka Fazura pun mengambil keputusan untuk bercerita tentang hal ini secara umum.

Dia sudah pun ambil banyak duit orang. Dia guna katalog untuk perdaya ramai orang. Caranya, dia pujuk pelanggan dan cakap stok masih ada. Tetapi sebenarnya koleksi berkenaan sudah lama tak ada stok.

Selepas dia minta pembayaran, nombor pembeli akan disekat. Semua pelanggan yang dah buat pembayaran akan kena block.

Fazura amat kecewa dan memint aagar individu berkenaan untuk bertaubat dan pulangkan kembali wang orang yang telah diambil.

Saya tak pasti apa yang awak rasa apabila dah perdaya ramai orang macam ni. Siap ada gambar konon dia tengah bungkus parcel. Duit orang tu, ingat percuma kah. Orang semua kerja untuk cari duit.

Tolonglah bawa bertaubat. Kalau ada rasa penyesalan dalam hati awak tu, harapnya akan bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan juga wang dari ejen-ejen saya.”

Sebenarnya Fazura turut mendedakan wajah si pelaku, akan tetapi tak dapat dipastikan sama ada gambar itu, merupakan wajah sebenarnya atau dia guna gambar orang lain.

Tak baik sungguh buat sepertini, janganlah lupa saksi utama ialah Yang Maha Esa. Allah nampak semuanya. Mana nak lari, mohon bertaubatlah.

Untuk info, tudung Fazura keluaran isteri kepada Fattah Amin ini mendapat sambutan yang hangat, apatah lagi harganya yang mampu milik iaitu hanya RM27 sahaja.