Memang hebat betul penangan nama Neelofa adan juag suaminya PU Riz. Yang terbaru, face mask atau pelitup muka jenama Nun Ha keluaran pasangan selebriti ini telah sold out dengan pantasnya.
Dari laporan, face mask Nun Ha dah habis terjual sebanyak 220,000 keping pada hari ini walaupun pelancaran secara rasminya belum diadakan lagi.
“Syukur alhamdulillah, saya tak sangka sambutan sebegini rupa, ianya amat menggalakkan. Kami baru lancar tiga jam lepas, terus dah habis ditempah.”
“Sebenarnya, face mask ini tak lagi dilancarkan secara rasmi, cumanya kami buka jualan lebih awal. betul-betul tak sangka ianya dah habis terjual dalam tempoh yang singkat.”
PU Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris, 26 tahun berkata, penjualan berkenaan sekali gus dapat tolong meningkatkan penjanaan ekonomi kepada lebih 18,000 peniaga kecil yang berdaftar di bawah syarikat Markaz Tijari yang terdiri dari para suri rumah, balu dan juga ibu tunggal.
“Sedikit-sebanyak sale seperti ini dapat bantu peniaga kecil yang berdaftar di bawah syarikat kami. Apatah lagi, mostly mereka dari golongan suri rumah, ibu tunggal dan juga balu. Dengan ini, dapatlah mereka menjana pendapatan.”
Produk Nun Ha merupakan keluaran syarikat dari Markaz Tijaari milik Neelofa dan Pu Riz, dan telah mula dijual sejak petang semalam secara online.
“Sepatutnya malam ini jualan akan dibuka kepada umum namun semua dah habis kena booking. Namun usah bimbang, pihak kami sedang berusaha nak tambah stok.”
Produk kali ini sidah dirancang Pu Riz dan Neelofa dengan rapi sejak tahun lalu. Face mask ini memunyai kelebihan iaitu empat lapisan berbanding tiga lapisan yang dijual di pasaran. Selain itu, pihak mereka juga sedang merancang untuk tambah beberapa koleksi warna.
“Face mask Nun Ha ini ada tambahan kelebihannya iaitu ada empat lapisan, 4 layer, berbanding face mask biasa yang dijual di market. Buat masa ini hanya ada warna putih saja dan Insyaallah akan datang kami keluarkan banyak lagi warna lain.”