Masalah ini sesuatu yang besar, Aman Ra minta ruang

2,669 views

Penyanyi rapper popular tanah air Aman Ra diselebungi isu apabila isterinya ada membuat pendedahan bahawa suaminya itu bermain kayu tiga.

Pemilik lagu Bangun, Budak Flat ini telah menjadi tumpuan setelah akaun Ig Natiqah Rahmat, isteri kepada Aman Ra, menyatakan apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

Menjawab isu yang sedang jadi bual mulut orang ramai ini, Aman Ra meminta ruang buat dirinya.

Melalui wakilnya bernama Joe, Aman Ra dikatakan tak mahuberbicara secara lanjut tentang hal rumah tangganya itu.

Buat masa sekarang ini, Aman Ra belum boleh nak beri komen tentang hal yang sedang viral. Akan tetapi, Aman Ra akan buat kenyataan rasmi as soon as possible.”

Sekarang, apa yang dia pinta ialah beri sedikit ruang sebabnya masalah yang berlaku ini adalah satu yang amat besar kerana melibatkan hal peribadi.”

Malam tadi, Natiqah Rahmat buat beberapa update di Instastory yang mendedahkan suaminya itu bermain kayu tiga.

Malahan, Aman Ra juga telah diminta keluar rumah dan pernah melafakan talak kepada isterinya itu.

Ada beberapa kisah yang didedahkan oleh isteri Aman Ra, antaranya ialah pernah tinggalkan ahli keluarga hanya kerana nak jaga wanita berkenaan.

Malah Aman Ra juga ada berkata mahu putuskan hubungan dengan wanita itu, namun akhirnya secara tiba-tiba mahu berkahwin pula dengan wanita tersebut.

Natiqah tidak ada memberitahu nama wanita tersebut tetapi memaklumkan bahawa dia tahu wanita itu tinggal di Fennel yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur.

Sehingga kini tiada kenyataan lanjut dari Natiqah Rahmat tentang perkembangan atau status rumah tangganya walaupun mendakwa sudah beberapa dilafazkan talak. Sebarnag cubaan untuk mendapat kenyataan dari isteri kepada Aman Ra ini tidak dibalas dan dijawab.

Aman Ra antara rapper yang sedang meningkat naik dan pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu dan mendapat tempat kedua.