“Masih terasa hati, tapi saya maafkan arwah Wani” Aliff Syukri

7,630 views

Kisah pemergian Wani Comel memang mengejutkan ramai pihak. Wani telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat Covid.

Antara yang terkejut dengan berita ini ialah ahli perniagaan yang sering dikaitkan dengan nama Wani Comel iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

Kedua mereka sebelum ini terlibat dengan kes tuduh menuduh antaar satu sama lain sebelum ini sehingga mahu saman menyaman.

Perkara berkenaan masih belum selesai, namun Wani telah pergi buat selamanya. Lantara itu, Aliff Syukri memberitahu, dia sudah pun maafkan arwah Wani.

Jelas Aliff, sebenarnya dia syukur kerana Wani berjaya merealisasikan impiannya untuk berjalan setelah lama tak dapat berjalan kerana berat badan yang berlebihan.

Secara jujurnya saya masih ada terasa hati dengan Wani Comel kerana isu berkenaan. Tetapi pada hari ini (semalam) apabila dengar berita bahawa dia meninggal dunia sebab Covid, saya pun amat terkejut.

Sebenarnya saya dah lama tak ikuti perkembangan arwah Wani setelah dia ada buat tuduhan terhadap saya sebelum ini sampailah saya dimaklumkan tentang pemergiannya. Sudah takdir tertulis dia pergi dulu, saya redha.

Akan tetapi, saya puas hati sebab dapat bantu Wani nikmat berjalan atas keizinan Allah walaupun hanya sementara saja.

Berbicara lanjut tentang kes saman melibatkan dirinya dan juga Wani Comel, Aliff Syukri berkata dia akan lihat bagaimana prosesnya.

Yes saman kepada Wani dan bekas pekerja saya memang masih dalam proses namun begitu, dia dah pun meninggal dunia, oleh itu kita tengoklah dulu macam mana.

Kalau ikutkan, saya memang ada terasa hati namun sebagai umat Islam dan manusia yang berhati perut saya pilih untuk memaafkan arwah Wani.”

Saya juga rasa kesian lihat ibunya yang dalam kesusahan dan turut ada beberapa masalah kesihatan. Namun, nak bagi duit atau sebarang pampasan tu tak mungkin lagi. Cukuplah saya dah maafkan apa yang berlaku.

Minta kepada semua, apa yang berlaku antara kami biar sampai situ saja. Tak perlu nak ungkit kembali dan perbesar perkara itu lagi. Semoga Arwah Wani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Itulah komen dari Aliff Syukri yang dibuat di portal Mstar dan juga Utusan.

Diimbas kembali, sekitar bulan Disember tahun 2020, Wani Comel tampil buat pendedahan bahawa dirinya terkena dengan Aliff Syukri yang menabur janji manis kepadanya. Wani Comel telah meminta pampasan dari Aliff Syukri.