Masuk tandas perempuan, Cik B kena tegur pak guard

2,668 views

Ahli perniagaan popular, Dato Seri Vida satu nama yang selalu saja terpalit dengan pelbagai isu yang tular di negara Malaysia ini. 

Bukan saja dirinya, kadangkala anaknya turut sama seringkali jadi tumpuan orang ramai, maklumlah, kalau emak dah popular dah tentu anak-anak pun orang akan tahu juga kisah mereka. 

Kali ini anak perempuannya iaitu Cik B, ada satu kisah yang sedang hangat diperkatakan. 

Minggu lalu, Cik B telah tampil dengan satu imej yang baru iaitu rambuatnya dipotong amat pendek seakan rambut lelaki. 

Katanya, penampilan baru anak perempuan kepada Dato Seri Vida ini kerana rambutnya yang dulu telah rosak, maka kenalah potong. Yang potong rambut ut bukannya orang lain tetapi Dato Seri Vida sendiri yang gunting. 

Jika dilihat di laman media sosial Vida dan Cik B, memang penampilan Cik B ini dah macam lelaki kalau dilihat sekali imbas. 

Dek kerana itu, baru-baru ini, Cik B telah ditegur oleh seorang security guard kerana telah masuk tandas wanita. 

Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah terkenal di ibu kota. 

Sebenarnya security guard itu hanya menjalankan tugas, maka bila ternampak Cik B dengan gaya seorang lelaki nak masuk tandas wanita, sudah tentu akan timbul tanda tanya. 

Kebetulan ketika itu Dato Seri Vida ada bersama Cik B, maka sebagai ibu, Vida terus saja menjelaskan hal sebenarnya kepada security guard berkenaan dan memberitahu Cik B ni memang perempuan. 

“She is my daughter, woman. Dia anak saya, dia perempuan.” Kata Vida kepada pengawal berkenaan yang kelihatan agak keliru. 

Melalui satu kenyataan, Vida akui memang dah beberapa kali Cik B ditegur semasa nak masuk tandas wanita. 

“Hari ni dah hari ketiga Cik B masuk ke tandas, ada jaga dok tanya, ada lelaki kat dalam. Cik B dah masuk ke dalam, mama ni la kena jawab tu anak perempuan saya.” 

Melihat komen dari orang ramai, rata-rata kurang senang dengan cara kedua anak beranak ini. 

Ada menyatakan sebagai ibu, Dato Seri Vida sepatutnya tidak membiarkan Cik B yang sudah meningkat remaja tampil dengan imej seakan lelaki. 

Ramai yang mengatakan, pengawal berkenaan tidak bersalah dan hanya jalankan tanggungjawab kerjanya saja. 

“Pengawal tu kerja dia memamg buat kerja dia, yang salah memang Cik B dan Dato Vida. Sebagai ibu, Dato pon silap layan budak tu macam budak tadika, dia dah besar, kini dah boleh start nak berubah.” 

“Sebelum ni elok sempurna je nampak perempuan, ni dah nampak macam orang lelaki pula. Patutnya didik betul-betul jadi perempuan yang lebih sempurna.” 

“Sebab tu dalam agama, tak boleh nak menyerupai jantina lain.” 

Itulah kisah Dato Seri Vida dan anak perempuannya Cik B.