“Berubah terus muka Raisa” Lawak Nabil bahan juri jemputan dilabel keterlaluan

17,289 views

Semalam telah berlangsung konsert Gegar Vaganza minggu ke lapan. 

Ada sedikit kelainan pada minggu ini apabila GV9 menjemput seorang juri dari negara jiran Indonesia sebagai juri jemputan. 

Juri berkenaan ialah Raisa, penyanyi terkenal dari Indonesia yng kini berumur 32 tahun. Raisa yang mempunyai 30juta peminat di Instagram, hadir ke Malaysia untuk buat konsert di negara ini. 

Kehadiran juri baru termasuk Raisa terus saja akan membuatkan Nabil sering saja nak mengusik dan bersenda gurau. 

Namun begitu ada beberapa jenaka dari pengacara ini dilihat membuatkan Raisa berasa kekok dan janggal. 

Malahan tindakan Nabil Ahmad mengajuk cara Raisa bercakap dalam English semasa memberi komen mendapat reaksi kurang senang dari penonton. 

Semasa pertama kali komen, Raisa memilih untuk menggunakan percakapan dalam English kepada Hairul Nizam. 

Namun Nabil terus saja membahannya dan mengajuk Raisa, dan Nabil pula terus menggunakan English juga.  

Nabil juga beberapa kali meniru dan mengajuk percakapan dalam Bahawa Indonesia semasa berbicara dengan Raisa.   

Cara Nabil ini dilihat tak sesuai kerana bahasa itu merupakan sesuatu yang agak tak baik untuk dijenakanan apatah lagi kepada seseorang yang baru masuk seperti Raisa. 

Memang jelas Raisa pun tak berapa selesa denagn jenaka dari Nabil itu. Ini antara komen dari para penonton tentang hal ini. 

“Masa Nabil mengajuk Raisa cakap Inggeris, memang hal ni terjadi kat mana-mana saja. Dari budak kecil kat sekolah, sampai kat universiti. Bukan tu je, kat tempat kerja pun.”  

“Kalau dengan kawan dan famili, kalau ada yang jenis suka speaking, mesti akan ada yang suka nak mengajuk macam benda itu pelik.”  

“Kesian tengok Raisa. Lepas tu terus berubah muka, masam muka dia. Saya harap Raisa okey dan jangan nak ambil hati sangat.” 

“Nampak sangat Raisa tak selesa apabila jenaka Nabil, masa Nabil mengajuk cakap bahasa Inggeris. Nabil kena hati-hati.”  

“Nabil patut dah kurang mengajuk atau bahan bila tengok Raisa tak faham dan tak selesa, dah terlebih sangat pula semalam.” 

Itulah komen dari penonton yang kurang senang lihat Nabil membahan Raisa.