Masya Masyitah kata ada dua cara nak gembira, warga maya minta cukur bulu kaki

3,730 views

Penyanyi muda, Masya Masyitah sedang jadi topik utama ketika ini. 

Semuanya gara-gara gadis berumur 23 tahun ini membuat keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab, tak memakai tudung. 

Sehingga kini sudah dua post Masya Masyitah memperlihatkan dirinya tidak lagi bertudung. 

Ada 13 keping gambar terkini yang dipaparkan oleh Masya melalui laman media miliknya pada minggu ini. 

Melalui posting terbaru, Masya ada menulis mengatakan, ada dua cara untuk jadi gembira, iaitu ubah situasi dan ubah pemikiran. 

“Terdapat dua cara untuk jadi gembira, iaitu change the situation, ataupun change your mindset towards it.” 

Namun apa yang menjadi tatapan ialah ada sekeping gambar menunjukkan sedikit kaki Masya. 

Dari gambar itu ternampaklah bulu kaki Masya. 

Orang ramai yang zoom ini gambar tersebut terus saja memberi reaksi tentang gambar berkenaan. 

Ada yang menulis memintanya mencukur dulu sebelum tayang kaki. Ada juga yang dilihat mahu menaja cream untuk menanggalkan bulu. 

Ini antara komen yang dtulis oleh warga maya. 

Di posting tersebut, Masya Masyitah tidak menutup ruangan komen. 

Makan berduyunlah komen dari orang ramai kepada Masya Masyitah. 

Pelbagai jenis komen yang dapat dilihat, ada yang memarahinya, tak suka dengan perbuatan berkenaan. 

Ada juga yang mendoakannya, dan meminta dirinya kembali seperti dulu. 

Masya Masyitah sebelum ini ada beberapa kali mencetuskan isu apabila fesyen yang dikenakan agak terdedah ketika masih lagi bertudung. 

Antaranya, menayangkan leher, memakai skirt dan juga memakai tudung seakan rambut. 

Masya Masyitah yang terkenal dengan lagu Halimunan, sebenarnya seornag yang berjaya dalam bidang seni dan juga perniagaan. 

Di usia yang muda, Masya Masyitah sudah pun memiliki rumah dan juga kereta sendiri hasil usaha kerasnya. 

Apapun, kita doakan saja agar Masya Masyitah akan kembali ke jalan yang diredhai oleh Illahi.