Mata jadi kabur gelap, Radhi OAG disahkan hidap katarak

3,315 views

Vokalis kumpulan rock alternatif OAG iaitu Radhi rupanya kini sedang melawan penyakit yang menyerang bahagian matanya.

Menerusi satu kenyataan dari laman Harian Metro, penyanyi berumur 41 tahun ini mempunyai masalah penglihatan apabila mata kanannya menghidap penyakit katarak.

Radhi dalam usaha untuk kumpulkan wang bagi menampung kos pembedahan untuk merawat matanya itu.

Jelas penyanyi dari Sarawak ini, pada mulanya, dia dapat merasakan ada perubahan di mata kanannya yang tidak dapat berfungsi dengan baik, ianya bermula sekitar bulan Mac sekitar perintah kawalan pergerakkan yang lepas. Ini kenyataan dari Radhi.

“Secara tiba, penglihatan mata di bahagian kanan jadi kabur dan juga gelap. Saya juga dapat rasa macam tak dapat nak kawal keseimbangan badan semasa berdiri ataupun ketika pegang atau angkat barang.

“Kemudian, saya pergi nak dapatkan rawatan di hospital dan akhirnya pegawai perubatan memaklumkan bahwa saya ada masalah katarak dan ianya perlu buat surgery.

“Kalau ikutkan, kos surgery mata itu dianggar lebih kurang RM3000. Oleh itu kini saya sedang berusaha nak kumpul wang dengan cepat untuk merawat mata sebab bimbang masalah lain pula datang”.

Bagi Radhi, kekurang melibatkan pancaindera merupakan satu petunjuk daripada Allah agar dia muhasabah diri dan berubah jadi seseorang yang baik.

“Anggapan saya, penyakit ini adalah satu hadiah darip Allah. Maybe tuhan mahu bagitau kat saya, kalau nak teruskan kehidupan macam dulu-dulu, masa lampau, masa depan saya akan jadi gelap.

“Diharapkan semua akan doakan agar mata kanan saya jadi normal semula. Ini agar saya dapat menikmati hidup ini dengan jalan yang lebih baik dan menerima redha nya”.

Tentang perkembangan terkini, Radhi memberiathu dia akan buat satu persembahan secara online bersama beebrapa orang artis yang lain termasuk Andy Flop Poppy.