Mawi hantar mesej pada Syamsul Yusof selepas ketahui isu rumahtangga

8,490 views

Kisah yang terjadi antara pasangan suami isteri Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana tiada jawapannya dan masih lagi belum tahu perkara sebenarnya.

Sebelum ini Puteri Sarah Liyana hanya menyatakan dia sedang bahagia dengan anak-anak dan tak mahu bicara tentang isu tersebut. Manakala Saymsul Yusof pula beritahu dia tak mahu ulas panjang hal ini.

“Tiada sebarang perkara yang saya mahu komen, ini perkara personal dan diharapkan semua hormatinya. No comment. Apapun, saya harap peminat sentiasa doakan yang terbaik buat kami satu keluarga”.

Dalam pada itu antara inssan yang rapat dengan Syamsul Yusof ialah penyanyi dan penyampai radio Mawi. Apabila ditanya tentang apa yang sedang dialami rakannya itu, Mawi amat harap cerita yang tersebar in tidak benar.

Penyanyi Aduh Saleha ini pernah bertanya khabar kepada Syamsul Yusof beberapa hari lepas namun semuanya Nampak seakan okey sahaja.

“Saya harap sangat cerita tersebut tak betul. Saya doa segalanya baik-baik saja. Saya tak ada nak tanya isu peribadi pada dirinya, hanyalah sekadar bertanya khabar. Sebenarnya saya tahu kisah ini pun dari laporan pihak media dan laman sosial.

“Namun, saya ada sent voice message kat Syamsul. Kemudian message yang dia reply tak dengar seakan Syamsul ni ada masalah”.

Dalam pada itu Mawi akui rapat dengan Syamsul akan tetapi tak adalah samai nak share kisah rumah tangga.

Mawi kata hubungan mereka berdua lebih kearah tentang filem dan pembikinan lagu saja. Kedua mereka pernah muncul dalam beberapa lagu yang amat popular seperti Kalah Dalam Menang, Bukan Propagnd, dan lagu Menangislah.

Syamsul Yusof, 36 tahun dan Puterui Sarah Liyana, 34 tahun dah 6 tahun berkahwin da nada dua orang anak.