“Memang kesian..” Ini rupanya yang terjadi kepada Siti Nordiana di AJL36

13,541 views

Kisah yang melanda Siti Nordiana di pentas Anugerah Juara Lagu 36 membuatkan ramai tertanya-tanya apa yang berlaku.

Ramai mengatakan, memang jelas Siti Nordiana atau Nana, kelihatan seakan tidak berapa sihat di malam berkenaan.

Memang diakui, nyanyian Siti Nordiana yang membawa lagu berjudul Angkara, kurang memuaskan dari segi vokalnya, yang mana ramai tahu, Nana ni seorang penyanyi yang hebat beraksi secara live.

Tidak dapat mengawal teknik vocal dengan baik, hal ini diaki oleh guru vocal Nana iaitu Cikgu Shafi.

Banyak masalah pitching terjadi dan ianya mungkin kerana Nana gagal kawal mindanya.

“Dari segi teknikal, memang agak banyak silapnya, begitu ketara. Isu tentang pitching memang banyak. Pitching ni merupakan frekuensi yang kena bersatu dengan diri dan dah tentu ia ada kaitan dengan permainan fikiran, minda penyanyi.”

“Nana ada isu dengan tekaknya, selsema dan tak sihat. Ini sekaligus ganggu mindanya sebagai penyanyi.”

Cikgu Shafi akui, Siti Nordiana tidak berjaya mengawal mindanya membuatkan nyanyian kurang baik di AJL36.

“Dia ni bukannya penyanyi yang sumbang, dia tak ada isu tu. Namun memang tak dapat nak kawal rasa emosi di belakang pentas, lemah dalam kawal anxiety sebelum naik pentas.”

“Memang kasihan kan. Rasa nak menangis pun ada, saya dapat rasa apa yang dia rasa.”

“Dari riak wajah, muka pun nampak tak best di atas pentas, mood dia memang dah down. Dia nampak sangat kecewa sebab dia tahu dia dah buat yang tak berapa baik.”

Cigu Shafi mendedahkan Nana amat menjaga kesihatan, namun ternyata dia mempunyai isu dengan tekaknya.

“Dia ni tak minum ais, memang amat menjaga bab suara, dia pun jaga tidur dia. Namun tetap ada isu sakit tekak dan selsema yang berlarutan.”

“Semasa saya buat kelas bersama dia di hari Jumaat dan Sabtu, dia tak nak push sangat. Dia cakap tekak memang ada isu.”

“Sebagai cikgu vocal dia, saya pun cuba cari solusi. Tapi masa hari Sabtu, keadaan dia tak berapa bagus untuk menyanyi, mindset pun tak baik.”

“Ketika tengah bersiap dan bersolek, saya call dan tanya dia oke tak, dia jawab dan nadanya agak menurun.”

Bagi Cikgu Shafi, hal ini akan jadi pengajaran yang berguna buat Siti Nordiana.

“Pengalaman ini akan buat dia upgrade. Kalau tidak, tak ada ruang pembentukan diri. Saya harapkan yang dia akan dia sedar dan move on. Dia pasti boleh punya.”

Dalam pada itu, hal ini turut diakui oleh jurusolek yang mengendalikan Siti Nordiana. Menerusi satu kenyataan, jurusolek itu, Lumiere berkata, SIti Nordiana memang tak sihat namun tetap dah cuba yang terbaik.

“Kadangkala hanya orang tu je yang tahu dia dalam keadaan lemah. Semoga cepat sembuh Nana, walaupun tak sihat dan tak larat, awak tetap senyum saja.”

Itulah komen dari Cikgu Shafi dan juga jurusoleknya Lumiere, tentang persembahan Siti Nordiana di AJL.