“Saya mengidam nak sangat lompat” Ini penjelasan Elfira Loy kenapa sanggup lompat

20,578 views

Pelakon Elfira Loy jadi sebutan sejak semalam setelah muatnaik satu aksi melompat ketika sedang sarat mengandung.

Tindakan berani pelakon ini melompat di kawasan kolam renang ketika sedang memakai kasut tumit tinggi, hanya untuk bergambar telah menimbulkan rasa risau di kalangan netizen di luar sana.

Ramai yang merasakan tindakan itu tak wajar dilakukan.

Lebih banyak mendatang kemudaratan, dan ini bukan saja melibatkan diri Elfira malah juga baby yang sedang dalam kandungan itu.

“Dia yang lompat kita yang seriau tengok. Lari laju dan lompat dengan kasut tinggi. kena hati-hati awak tu berbadan dua.”

“Kalau berlaku apa-apa baru akan menyesal seumur hidup nanti.” Itu antara nukilan dan luahan rasa risau para warga net di luar sana setelah menonton video berkenaan.

Setelah isu ini jadi tular, akhirnya tuan punya badan tampil memberitahu apa yang berlaku ketika itu.

Akui memang melompat walaupun sedang hamil dan memakai heels, tapi Elfira dah fikir masak-masak.

“Ketika nak lompat tu, saya dah fikir semalaman. Nak buat ke tak ye. Masa tengok tu macam dekat je. Saya dulu atlet lompat jauh, tengok ni macam senang, kacang je.”

“Tapi bila sampai, rasa kecut perut memang ada. Tapi rasa nak sangat buat. Rasa nak sangat buat macam ada orang nak sangat makan sabun tu.”

“Saya mengidam nak lompat ni kerana saya memang dah lama rancang untuk lompat. Saya tak suggest untuk mereka yang tak berani.”

Elfira akui, dia ada fikir tentang keselamatan, tetapi tetap percaya semuanya akan selamat.

“Ada terfikir apa akan jadi kalau berlaku apa-apa. Tapi saya tetap percaya Allah akan lindungi diri saya ni. Saya pun ada doa.”

“Tetapi lepas saja dah lompat tu, saya pun terfikir, kenapalah saya buat ni.”

Tentang kasut tinggi pula, Elfira Loy mendedahkan dia lebih selesa memakai kasut tumit tinggi berbanding kasut biasa.

“Saay boleh lari kalau pakai heels ni, tetapi saya banyak tersadung kalau pakai kasut flat atau kasut sukan. Semua kawan saya pun tahu benda ni.”

Itulah penjelasan dari Elfira Loy tentang isu melompat ketika sedang sarat hamil.