Mengalir air mata bila tahu kisah disebalik hidup Baha, lelaki viral petah bercakap

3,429 views

Mesti ramai yang tahu tentang video yang menghiburkan hati yang mana gelagat seorang lelaki bercerita dengan selamba apabila di tanya tentang sesuatu topic.

Sememangnya kata-kata yang keluar dari mulutnya memang menghiburkankan apatah lagi dengan gaya yang bersahaja. Tapi tak ramai yang kenal dengan lelaki ini dan sebenarnya ramai yang tak tahu kisah disebaliknya.

Untuk pengetahuan, lelaki ini bernama Baha dan ada kisah yang agak sayu bila didengari. Adik perempuan kepada Baha iaitu Tiara akhirnya membuka kisah apa yang berlaku kepada abangnya itu.

Jelas Tiara, sebenarnya Baha seorang pelajar yang amat bijak dan cemerlang. Malah kalau ikutkan perancangan, Baha mahu sambung belajar degree setelah habis tingkatan 6.

Namun sesuatu berlaku kepada keluarganya yang mana hidup mereka diduga sehinggakan rumah terpaksa di lelong.

Baha terpaksa melupakan hasrat untuk sambung belajar dan menjadi ketua keluarga, mencari rezeki. Ketika itu juga Baha ambil upah cuci pinggan edngan gaji RM10 sehari.

Dulu Baha hidup macam orang biasa, normal. Namun semua berubah bila rumah kami kena lelong, kami mula susah. Susah waktu tu hanya Tuhan saja yang tahu. Ketik aitu juga, Baha sebagai abang sulung sajalah harapan kami.

Pada satu hari, Baha kumpul semua sijil sekolah dan bakar semuanya. Dia memang teramat kecewa kerana tidak berpeluang untuk sambung belajar. Hanya dapat lihat rakan-rakan semua sambung belajar.

Baha sebagai abang sulung dan ketua keluarga, terus tabah mencari rezeki dan makanan untuk satu keluarga.

Dulu kami ada segalanya, sampailah satu detik, Allah tarik semuanya. Baha yang jadi ketua keluarga kerana dia sulung.

Ada satu hari tu kami tak ada makanan, Baha keluar cari ubi kayu. Masa tu hujan, dia hanya tunjuk plastik kosong. Baha minta maaf kerana hujan amat lebat, dia cuba tarik-tarik ubi namun tak dapat.

Bercerita tentang ibunya, Tiara mengatakan, selepas ibu lahir adiknya, ibunya jatuh sakit.

Video kisah Baha ini boleh ditonton menerusi Tiktok adiknya Sayatiarachannel.

Aduhai, memang sedih dengar kisah Baha ni. Sama-sama kita doakan keluarga Baha ini akan dilimpahi dengan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya selepas ini.