Rupanya sampai sekarang peminat masih tulis komen dan doa di IG arwah Yus Jambu

1,515 views

Pemergian yang tak dijangka, iatulah yang boleh diungkapkan tentang pemergian pelawak dari kumpulan Jambu iaitu Yussry Edoo.

Yus Jambu mengehembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2015 akibat sesak nafas kerana komplikasi serangan jantung. Ketika itu arwah Yus baru saja selesai buat persembahan Raja Band di Dataran Merdeka bersama beberapa pelawak lain.

Arwah kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan sudah tiada sekitar jam 12 suku pagi.

Pemergian arwah Yus Jambu sememangnya dirasai ramai orang dan rupanya sehingga ke hari ini, ada saja komen yang ditulis dari peminat di ruangan Instagram miliknya, iaitu IG Yus_Jambu76.

Dapat dlihat antara komen yang ditulis oleh peminatnya rata-rata meluahkan rasa rindu kepada Yus Jambu.

Selain itu, ramai juga yang menulis komen mendoakan Yus Jambu dan sedekah bacaan surah Alfatihah kepada arwah yang lebih mesra disapa dengan nama Pak Yus.

Ini antara komen terkini di laman media sosial milik Yus Jambu.

Pakyus sedang buat apa tu, tenanglah disana kami rindu.

Bukannya tak mahu terima kenyataan, namun sebenarnya hati saya ni hanya rindu.

6 tahun dah Pakyus pergi. Tapi tak henti-henti peminat jengah IG ni dan tengok ruang komen terutama di post terakhir Pakyus ni. Al fatihah.

Walaupun sudah enam tahun lamanya Yus Jambu telah pergi meninggalkan dunia ini, akan tetapi peminat sentiasa hadir ke IG miliknya itu. Dan yang penting masih ramai yang mendoakannya, itu satu perkara yang amat mengagumkan.

Satu persatu kisah kebaikkan yang dibuat oleh arwah Yus Jambu sepanjang hidupnya membuatkan ramai yang kagum dengannya.

Selain Yus Jambu, antara selebriti lain yang pergi secara mengejut ialah Abam dari kumpulan Bocey dan yang terbaru Siti Sarah, isteri kepada Shuib Sepahtu. Sama-sama kita doakan buat semuanya.