Anak Shuib, baby Ayash Affan dah keluar incubator, mula minum susu sepupu Shuib

201,901 views

Ini perkembangan terkini tentang anak bongsu kapada Shuib Sepahtu dan juga arwah Siti Sarah Raisuddin iaitu baby Ayash Affan yang lahir tak cukup bulan pada 6 Ogos lepas.

Pelakon dan pelawak berumur 37 tahun ini ada memberi update terbaru tentang anaknya yang berada di unit NICU, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shuib memberitahu, doktor mengatakan anaknya terus menunjukkan perkembangan yang positif dan telahpun dikeluarkan dari incubator pada dua hari yang lepas.

Baby Ayash Affan yang kini dah masuk 20 hari umurnya itu juga mula minum susu badan, dari sepupu kepada Shuib.

Syukur alhamdulillah, baby Ayash Affan dah dibawa keluar dari inkubator sejak dua hari lepas. Berat dia juga semakin naik.

Selain itu, alhamdulillah juga, baby dah mula minum susu ibu, dari sepupu. Itulah perkembangannya yang paling latest.

Tentang bila boleh bawa balik rumah, doktor kata jika semuanya okey, mungkin dalam masa kira-kira tiga minggu, insyaallah dia dah boleh keluar hospital.

Ini satu perkembangan yang baik untuk baby Ayash Affan, dengan izin yang Maha Esa, anak kepada Shuib ini akan kembali ke pangkuan keluarga kurang dari masa sebulan. Sudah tenbtu semua hali keluarganya tak sabar menerima kehadiran baby Ayas Affan di rumah.

Okey lah, kepada yang tak tahu apa itu incubator, sebenarnya incubator ialah tempat baby diletakkan yang berfungsi untuk memberi keadaan yang paling selesa untuk perkembangan baby.

Incubator menyediakan suhu yang sesuai, untuk memberi haba yang sesuai kepada baby dan mengelak baby dari kesejukkan. Selain itu iainya juga dapat mengurangkan penyebaran bakteria, allergen atau virus dari merebak kepadanya.

Sama-sama kita doakan agar baby Ayash Affan akan terus menunjukkan perkembangaan yang baik dan akan keluar dari hospital untuk berada bersama family Shuib.