Mengalir air mata, Datuk Yusof Haslam tak tahan sebak, harap menantunya, Puteri Sarah kuat

6,399 views

Kisah rumah tangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana kini sedang dalam perhatian orang ramai.

Banyak yang mahu tahu perkembangan mereka apatah lagi ada ura-ura yang kuat mengatakan bahawa kononnya Syamsul Yusof mahu berkahwin dengan wanita yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar.

Bertanya tentang isu hangat ini, melalui satu temubual dengan Melodi, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam telah ditanya.

Di akhir temubual, Yusof dilihat tidak dapat menahan rasa sayu nya ketika ditanya tentang hubungan dengan Puteri Sarah Liyana.

Semasa memberi sedikit pesanan kepada menantunya itu, Datuk Yusof Haslam lantas telahy mengalirkan air matanya sebelum mengelapnya menggunakan tisu.

Air mata yang mengalir itu membuatkan penonton tersentuh.

“Kepada Sarah semoga dia terus tabah, istiqamah dan hadapi semua ini dengan tenang.”

“Saya cuma berdoak agar mudah-mudahan menantu saya Puteri Sarah akan terus kuatkan semangat ya, kalau boleh kena pertahankan rumah tangganya itu.

“Walau saya tahu, nak bercakap ni memang mudah, tapi nak menanggungnya tu, di bahu dirinya sendiri. Saya harapkan hanya yang terbaik untuk Sarah, menantu saya.”

Sementara itu, ini pula pesanan dari Datuk Yusof Haslam kepada anaknya Syamsul Yusof.

“Kepada Syamsul, sebagai seorang ayah, saya doakan yang terbaik. Semoga Syamsul sihat, teruskan perjuangan, papa dan mama amat sayangkan kamu. Tak ada ibu bapa yang nakkan anak-anaknya tersasar kan.”

“Apa saja yang berlaku, kami sebagai ibu bapa hanya dapat doa dari jauh. Mudahan anak serta menantu saya selamat dunia dan akhirat.”

Sebagai ayah dan orang tua, Yusof Haslam hanya dapat nasihati dan berdoakan saja.

“Kita ni sebagai orang tua hanya boleh memberikan nasihat serta mendoakan yang terbaik. Itu sahaja. Sebab saya tak boleh bagi komen menyebelahi menantu saya, anak saya. Saya kini kena tengah-tengah. Dua-dua kita pun memang sayang.”

Jelas Datuk Yusof Haslam hubungan dia dan Syamsul masih lagi okey, namun dia tak mahu komen banyak kerana nak menjaga hati banyak pihak termasuk anaknya, menantunya serta pihak besannya.