“Tutup mulut” Siti Kassim naik angin komen PU Riz, isu foto Adibah Noor tak tutup aurat

3,947 views

Pada hari Sabtu lalu, penyanyi dan pelakon Adibah Noor dah pergi buat selamanya. Maka ramailah yang upload foto Adibah Noor untuk menyampai berita berkenaan di samping memberi ucapan takziah kepada family nya.

Namun ketika itu, dilihat ramai yang telah muat naik foto Adibah Noor yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Hal ini menyebabkan penceramah dan ahli perniagaan, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail memberi sedikit pesanan dan peringatan.

Kata PU Riz, adalah lebih baik sekiranya tidak muatnaik foto Adibah Noor yang tak menutup aurat itu. PU Riz turut memberi dalil tentang hal berkenaan.

Akan tetapi, hal ini mendapat tentangan dari seornag individu yang kurang bersetuju dengan pandangan dari Pu Riz itu. Indivdu berkenaan ialah peguam terkenal, Siti Kassim.

Siti Kassim berpendapat, PU Riz tak oatut nak sibuk untuk campur ursan orang lain dan lebih baik sibukkan dengan urusan sendiri saja.

Ini komen dari Siti Kassim tentang nasihat serta pandangan dari Pu Riz itu.

“Siapa dia mamat ni. Dia patut fikir urusan dia sendiri saja dan lebih baik tutup mulut. Adakah dia ni ingat dirinya ni dah ada tempat di syurga ke.”

Siti Kassim meluahkan pandangannya itu menerusi satu posting di laman media sosial miliknya.

Dapat dilihat, posting berkenaan kemudian menerima pelbagai pandaagan serta komen yang bercampur baur dari netizen lain.

Ada yang tak bersetuju dengan Siti Kassim dan menyatakan apa yang disampaikan dan dipesan oleh Pu Riz itu sesuatu yang betul dengan ajaran agama.

“Kali ini saya tak setuju dengan kamu Siti Kassim, apa yang ditulis oleh Pu Riz itu adalah tepat dabn betul kali ini.”

Ini foto dari laman media Siti Kassim.

Sebelum ini, menerusi satu posting di Ig story, PU Riz yang juga suami kepada Neelofa, telah berpesan kepada orang ramai agar tidak perlu muatnaik gambar arwah Adibah Noor yang tak bertudung.