“Saya tak bersalah, saya buat apa yang perlu..Cerita sebenar akan keluar” Sharnaaz

2,518 views

Akhirnya dah diketahui identity pelakon yang ditahan reman selama tiga hari. Pelakon berkenaan ialah Sharnaaz Ahmad yang ditahan pihak berkuasa atas siasatan untuk kes kekerasan ke atas seorang lelaki.

Sharnaaz dikatakan melakukan kekerasan kepada seorang lelaki di sebuah kondominium, yang terletak di Segambut pada hari Khamis yangl lepas.

Menjawab kepada media, Sharnaaz mengatakan dia tak bersalah dan kebenaran akan terbukti.

“Saya ni tidaklah b0doh nak buat benda macam tu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya ni ada angin, kena tunggu cerita yang sebenarnya.”

Sharnaaz berkata sedemikian ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul sebentar tadi.

“Apa yang saya boleh cakap, tak ada apa unsur saya ni naik angin yang terjadi pun. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya di sebelah sana saja. Apa yang keluar sebelum ini di media tak benar. Belum ada lagi sebarang kenyataan dari pihak saya.”

“Tak perlu nak hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis.”

“Dalam pada itu, saya akan buat sidang media untuk menjelaskan perkara ini bersama pihak peguam saya.”

Sharnaaz akan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah tentang kes ini.

“Dalam tiga hari saya telah membantu siasatan. Tak ada apapun, banyak pengajaran yang saya belajar. Jangan risau saya okay dan pihak polis pun melayan saya baik sekali.”

“Saya yakin saya tak akan bersalah. Saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tak pun diceritakan. Apapun saya akan ceritakan di mahkamah nanti. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini seorang yang buat kesalahan. Cerita yang sebenar akan keluar juga.”

Itulah penjelasan dari Sharnaaz Ahmad, yang berkata dia mahu membersihkan namanya.