“Mengapa ada manusia kat dunia ni zalim eh” Bapa Sissy Iman

12,379 views

Sissy Iman tak dapat menahan sayu hati dan mengalirkan air matanya setelah menerima komen yang agak keras dari juri Mas Idayu di pentas rancangan relaity baru-baru ini. 

Penyanyi yang mempunyai pelajaran peringkat Master In Music ini ternyata amat kecewa, sehingga mengambil keputusan untuk tidak melancarkan album yang sepatutnya dilancarkan pada bulan February. 

Semangat Sissy Iman bagaikan sudah patah setelah apa yang terjadi dan mahu let go album itu secara cost saja. 

Melihat keputusan dari Sissy Iman itu, ayahnya turut kecewa. 

Menerusi satu posting di Instagram, ayah Sissy Iman, Kamil turut sedih melihat keadaan anaknya itu yang sudah patah semangat ketika ini. 

“Dia mulanya amat excited untuk lancarkan album pada 2 February ini.” 

“Dah rancangan macam-macam, siap dah book dengan para wartawan semua.” 

“Tetapi, runtun hati ini apabila terbaca keputusan dari Sissy seperti yang ditulis olehnya di Ig.” 

“Kenapalah ada juga manusia di dunia macam ni, zalim ye.”  

“Impaknya memang amat besar sampak bakal memusnahkan impian seorang ayah yang nak tengok anaknya berjaya. Bertahun dah aku tunggu.” 

Sebagai seorang ayah, dia juga akui terasa apabila ada orang lain yang memarahi anaknya. 

“Masa dia kecil, pak long dia ada marahnya sebab Sissy suka menjerit. Masa tu memang aku terasa hati, tapi itu pak long dia, ada hubungan keluarga, aku masih boleh terima.” 

“Tapi aku tertanya, kalau orang luar buat macam tu, adakah aku masih boleh terima.” 

Dalam pada itu, ayah Sissy Iman juga mendedahkan anaknya itu ada meminta restu dan kebenaran untuk menggunakan wang simpanan untuk buat album berkenaan. 

“Dia kata, ayah, bonda, selama 9 tahun dalam industri, belum pun Sissy beli beg tangan kena mewah, boleh tak kalau kakak guna wang berkenaan untuk rakam album sendiri.” 

“Aku sebagai ayah tak teragak-agak, merestuinya tak kisahlah apa juga kosnya.” 

Itulah kenyataan dari ayah Sissy Iman.