Isteri pertama tarik rambut Fyna Jebat, naik angin kerana tak tahu menahu Zainal kahwin lain

12,709 views

Kisah pertelingkahan antara dua isteri seorang jurulatih bola sepak tanah air menjadi bualan ramai sejak semalam. 

Isu ini telah pun disahkan berlaku oleh pihak polis menerusi satu kenyataan semalam. 

Jelas polis, isteri pertama dan madunya, telah bertengkar sesama mereka di sebuah kedai makan sehingga berlaku sedikit percakaran antara mereka berdua. 

Dari laporan Mstar, jurulatih yang dimaksudkan ialah coach Datuk Zainal Abidin Hassan, yang barui berkahwin dengan isteri kedua, iaitu penyanyi Fyna Jebat. 

Menurut laporan, isteri pertama Zainal Abidin Hassan iaitu Datin Zalina Zaini naik angin kerana tidak tahu menahu perkahwinan suaminya itu dengan Fyna Jebat. 

Malahan, isteri pertana juga tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fyna ketika menyertai satu pertandingan rancangan nyanyian di TV. 

Menurut laporan dari Mstar, ada satu sumber menceritakan kejadian berkenaan.  

“Semalam sedang melepak di kedai makan, tiba-tiba isteri kedua itu kena sembur pula dengan isteri pertama.” 

“Dari apa yang didengari, isteri pertama memang sedang membara dan ada menggelar Fyna dengan kata-kata yang agak kesat sebelum kedua-duanya mula bertengkar dan berperang mulut.” 

Dalam pada itu, pihak Polis pula berkata, isteri pertama Zainal Abidin Hassan ada menarik rambut Fyna Jebat ketika di dalam kedai makan. 

Kemudiannya pertelingkahan antara mereka berdua berlanjutan sehingga ke luar premis kedai makan tersebut. 

Fyna Jebat kemudian terus tampil membuat laporan polis kerana kejadian berkenaan. Ini komen dari pihak berkuasa seperti yang dilaporkan portal Majoriti.

“Pengadu buat report polis dalam jam 2 pagi hari Isnin.  Hasil siasatan awal mendapati punca utama pertelingkahan kerana isteri pertama rasa tersindir dengan kenyataan isteri kedua dalam program Famili Duo.”  

“Isteri pertama juga naik angin kerana suami berkahwin tanpa pengetahuan nya.” 

Polis telah memanggil ketiga tiga pihak iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan, isteri pertama Datin Zalina Zaini dan Fyna Jebat untuk dirakam keterangan tentang hal yang terjadi ini. 

Ini puka sedikit info dari wartawan. 

Bekas pemain bola sepak dan juga jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin, sebelum ini berkahwin dengan Datin Zalina Zaini dan kemudian baru saja menikahi Fyna Jebat yang juga adik kepada Ayda Jebat.