Kisah pertelingkahan antara dua isteri jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan kini telah diketahui umum.
Isteri keduanya, Fyna Jebat kini menjadi tumpuan kerana ramai yang mahu mendapat kenyataan darinya ekoran kejadian berkenaan.
Namun sehingga kini, kesemua pihak yang terlibat tidak ada memberi sebarang statement, sama ada kepada media mahu pun secara public.
Dek kerana itu, ada juga yang mencari kakak kepada Fyna Jebat iaitu Ayda Jebat untuk bertanya tentang hal ini.
Dari laporan Xtra, Ayda Jebat meminta semua pihak untuk bertenang dan menghormati adiknya itu.
Buat masa sekarang, Ayda menyatakan Fyna tak mahu mengulas banyak sebab ianya hal peribadi dan banyak hati serta perkata yang perlu difikir dan dijaga.
“Saya nak memohon maaf buat semua, adik saya Fyna, enggan untuk memberi sebarang ulasan tentang hal ini.”
“Ini kerana banyak hati yang haruslah dijaga. Atas nasihat pihak polis juga, adalah lebih baik untuk biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.”
Sementara itu, Ayda sempat mengucapkan terima aksih kepada mereka yang sentiasa prihatin tentang keadaan adiknya itu, namun buat masa sekarang haruslah menghormatinya.
“Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang ambil prihatin. Saya minta semua orang untuk faham situasi yang sedang terjadi dan kenalah menghormati Fyna dan semua pihak.”
Apapun yang berlaku, Ayda menyatakan keutamaan mereka berdua adalah dalam rancangan nyanyian Family Duo.
“Buat masa sekarang ni, fokus kami adik beradik hanyalah untuk rancangan Famili Duo. Saya harapkan doa dari peminat supaya semua urusan sentiasa dipermudahkan.”
Itulah komen dari Ayda Jebat tentang adiknya Fyna Jebat yang terlibat dengan kes bertelingkah di kedai makan dengan madunya, isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan baru-baru ini.