Siapa yang tak kenal dengan Neelofa, antara individu dan selebriti yang paling dikenali di Malaysia ini.
Satu demi satu isu melibatkan Neelofa sering menajdi bahan bualan orang ramai terutama para peminatnya.
Kini setelah berkahwin, berhijrah memakai niqab, Neelofa sudah pula bergelar seorang ibu. Neelofa selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal.
Walaupun sudah beberapa minggu melahirkan anak sulung, wajah Bilal masih belum lagi dapat ditatap oleh orang ramai.
Malahan, menerusi kenyataan ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, ada keluarga sendiri dari Kelantan pun masih belum dalam melihat wajah anak kecil itu, walaupun melalui gambar.
Kata Kartini lagi, hanya tuan punya badan dan suaminya saja yang akan menguruskan hal berkenaan, dan sebagai ibu, dia sentiasa memberi privacy kepada Neelofa.
Walaupun ramai yang tak sabar, semuanya terpulang kepada Neelofa bila nak tayang wajah anaknya itu.
Dek kerana ramai yang dah tak sabar nak tengok wajah baby Bilal, akhirnya pengacara sensasi iaitu Diva Azwan Ali tampil meluahkan rasa meluatnya dengan netizen yang tak sabar-sabar.
Terkenal dengan mulut yang laser, Azwan Ali mempersoalkan tindakan netzien yang bersungguh mahu melihat wajah baby sulung Neelofa itu.
“Menggelupuh nak tengok gambar Bilal. Gambar bilal masjid kan banyak. Ape ke hal korang ni.” Itu antara intipati komen dari Azwan Ali.
Ini komen penuh darinya.
Mungkin agak pedas komen dari Diva AA ini namun jika diamati, mungkin maksud pengacara ini tak pelulah nak beriya-iya untuk tertunggu nak lihat wajah baby Bilal itu.
Selain itu, dari komen netizen, ada yang beranggapan mungkin belum tiba waktunya lagi untuk neelfoa dan Pu Riz tayang wajah baby sulung mereka itu memandangkan usianya belum pun lagi masuk sebulan. Ada yang berkata lebih baik selepas umurnay lepas 40 hari.